Pendekatan berjiwa besar PMX dalam insiden pelajar UMS

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menasihatkan supaya Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak membuang mahasiswa yang terlibat dalam insiden pembakaran karikatur beliau, memperlihatkan jiwa besar dan keprihatinan seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan masa depan generasi muda.

Dalam menghadapi kritikan tajam yang dilontarkan oleh para pelajar, beliau memilih pendekatan memaafkan dan menasihati, bukannya menghukum.

Ini selari dengan prinsip kepimpinannya yang menghargai idealisme mahasiswa dan mengiktiraf peranan mereka sebagai suara penting dalam ekosistem demokrasi negara.

Keputusan PM ini memberi mesej jelas bahawa beliau tidak anti-kritikan, bahkan terbuka untuk ditegur dan tidak mahu masa depan anak muda tergadai hanya kerana tindakan yang lahir dari semangat keterujaan dan kekhilafan sesaat.

Sikap ini turut memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI untuk memupuk budaya perdebatan sihat, membina rakyat yang matang dalam menyalurkan pandangan serta mendidik mahasiswa supaya lebih bijaksana dalam memilih cara menyuarakan rasa tidak puas hati.

Dalam konteks lebih besar, tindakan PM ini wajar dipuji kerana ia tidak sahaja meredakan ketegangan, tetapi menjadi contoh bagaimana seorang pemimpin boleh menangani perbezaan pendapat dengan kebijaksanaan dan empati.

Sebagai seorang bekas aktivis mahasiswa, ini menunjukkan bahawa beliau tidak melupakan asal-usul perjuangannya dan tetap konsisten mempertahankan ruang demokrasi untuk generasi akan datang — dengan penuh kasih sayang dan kesedaran mendalam tentang pentingnya pendidikan sebagai landasan masa depan negara.

Related Posts

Politik agama menuntut disiplin ilmu, bukan kontroversi

KONTROVERSI melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Salleh baru-baru ini sekali lagi membuka perbahasan besar mengenai tanggungjawab pemimpin politik yang membawa imej agama dalam wacana awam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu