Tun Fuad Stephens figura politik penting Sabah bentuk Malaysia

TUN Mohammad Fuad Stephens merupakan seorang wartawan sebelum menjadi figura politik yang penting dalam sejarah awal Sabah semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

Nama beliau sering kita dengar dalam subjek sejarah namun sumbangannya kian dilupakan oleh generasi kini yang kurang cakna akan sejarah tanah air sendiri untuk dihayati dengan lebih mendalam.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah menjadi guru, kontraktor dan selepas itu sebagai wartawan yang berkhidmat dengan syarikat akhbar ‘North Borneo News’ di daerah Pantai Barat, Borneo Utara.

Kemudian beliau membuka syarikat akhbar sendiri iaitu ‘The Sabah Times’ pada tahun 1953.

Selepas beberapa bulan daripada itu, beliau menggabungkan ‘North Borneo News’ dengan ‘The Sabah Times’ dan menamakannya sebagai ‘North Borneo News and Sabah Times’ yang juga merupakan syarikat akhbar yang berjaya pada ketika itu.

Sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang kewartawanan, Institut Akhbar Malaysia telah menganugerahkan ‘Tokoh Wartawan Negara’ kepada Tun Fuad pada 26 Oktober 1998 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu.

Foto: MPI

KHIDMAT POLITIK

Memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia, Tun Fuad adalah antara seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman; Pengasas Sarawak United People’s Party (SUPP), Ong Kee Hui; pemimpin politik Singapura, Lee Kuan Yew; wakil rakyat pertama Ranau, Abdul Ghani Gilong termasuk para pemimpin yang lain.

Hubungan baik berjaya beliau jalinkan antara Sabah dan Tanah Melayu, sepertimana hubungan eratnya dengan Tunku Abdul Rahman yang memperlihatkan jasa dan sumbangan beliau dalam menjalinkan hubungan baik dengan pemimpin Semenanjung adalah satu perjuangan murni dan patut dicontohi.

Beliau adalah sosok peranan utama dalam pembentukan Parti Perikatan Sabah pada tahun 1962 dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif parti berkenaan.

Merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama pada 31 Ogos 1963, yang kemudian meletak jawatan pada tahun 1964 kerana menyertai Kabinet Persekutuan dan memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam sehingga tahun 1966.

Pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia dan Fiji pada tahun 1968, beliau kemudian dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 16 September 1973, seterusnya menjadi pengerusi Parti Bersatu Rakyat Jelata (Berjaya) pada tahun 1975 namun meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk bertanding dalam pilihan raya.

Dalam pilihan raya negeri pada tahun 1976, Parti Berjaya dapat membentuk kerajaan menggantikan USNO seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah buat kali kedua.

Sepanjang hayatnya, beliau telah dianugerahkan Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada tahun 1970, beliau turut dianugerahkan Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ pada tahun 1963 dan Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada tahun 1964 serta Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 1974.

TRAGEDI HITAM ‘DOUBLE SIX’

Tragedi hitam kemudiannya mengundang sedih rakyat Sabah apabila pada 6 Jun 1976, Tun Fuad Stephens yang baru 53 hari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, meninggal dunia bersama 10 yang lain, termasuk menteri Kabinetnya, apabila pesawat GAF Nomad dinaiki mereka terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu.

Kehilangan beliau dalam tragedi yang dikenali sebagai ‘Double Six’ amat dirasai dan turut mengundang pelbagai spekulasi kepada seluruh rakyat Sabah.

Oleh itu, memetik laporan Berita Harian pada 12 April 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 April 2023 memaklumkan kerajaan bersetuju menyahklasifikasikan laporan kemalangan pesawat Sabah Air pada 1976  mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ia adalah susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi di Sabah pada 8 Mac 2023 yang memerintahkan kerajaan mengambil langkah perlu untuk dinyahklasifikasi berhubung insiden berkenaan.

Anwar berkata keputusan mendedahkan laporan akhir tragedi ‘Double Six’ itu dibuat selepas mengambil kira tuntutan oleh keluarga waris, selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan.

Laporan berkenaan dapat dimuat naik untuk dilihat oleh orang awam menerusi sesawang Kementerian Pengangkutan, https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad dan salinan dokumen dalam bentuk PDF disediakan yang terus dibuka serta dimuat turun.

Sumber:

Tokoh Tun Fuad oleh Rudie Adie Razak

Donald Stephens dan peranannya dalam Pembentukan Malaysia oleh Saimin Ginsari dan Joseph M. Fernando

Sabah di bawah pentadbiran Berjaya, 1976-1985: Satu tinjauan oleh Ho Hui Ling

Laman web rasmi Istana Negeri Sabah https://istana.sabah.gov.my

Berita Harian ‘Tragedi ‘Double Six’: Tiada sabotaj, letupan’ 12 April 2023

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang