PUTRAJAYA – Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 Malaysia dengan memaparkan lakaran ‘doodle’ atau logo sambutan merdeka.
Paparan ‘doodle’ kali ini menggambarkan warisan sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Merdeka.
Google telah menampilkan lakaran doodle khas bagi meraikan acara bersejarah atau detik bermakna buat rakyat Malaysia yang mempunyai keunikan hidup bersatu padu walaupun memiliki pelbagai bangsa.
Hari Kebangsaan diraikan setiap 31 Ogos yang menandakan negara bebas daripada penjajahan Britain dengan pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos,1957.
Lebih 20,000 orang berkumpul di situ, yang dibina khusus untuk perayaan berkenaan, untuk menyaksikan detik bersejarah buat Tanah Melayu
Bendera negara, iaitu Jalur Gemilang dinaikkan buat kali pertama pada malam bersejarah itu.
Ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.




