Tuduhan perebutan kuasa tidak berasas, cubaan gugat keharmonian PBB – Naroden

GEDONG – Tidak wujud perselisihan faham atau desakan peralihan kuasa dalam kalangan pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Seri Mohd Naroden Majais menjelaskan sehingga kini tidak pernah wujud sebarang perbincangan atau kenyataan langsung daripada mana-mana pimpinan negeri baik pada peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Premier sendiri mengenai desakan peralihan kuasa seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Saya melihat kedua-dua pemimpin ini sebagai individu yang kuat, berwibawa dan mendapat sokongan padu daripada barisan kabinet. 

‘Team Abang Jo’ berfungsi dengan sangat baik dan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Sarawak malah turut mencerminkan imej positif Malaysia secara keseluruhannya.”

“Tiada keperluan langsung untuk mendesak sebarang perubahan dalam kepimpinan. Sebagai anak Sarawak, kita semua mahu melihat negeri ini terus maju di bawah kepemimpinan yang terbukti berwibawa dan berjasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Pertandingan Futsal Terbuka Pesta Gedong 2025 yang berlangsung pada Ahad.

Naroden berkata, spekulasi yang tular di media sosial berkaitan tuduhan perebutan kuasa dalam kepimpinan negeri sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab dalam  cubaan untuk mengeruhkan air yang tenang dalam Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Ini adalah tuduhan yang tidak berasas, malah kelihatan seperti cubaan untuk menggugat keharmonian dan perpaduan antara para pemimpin dalam PBB,” katanya.

Beliau turut berasa bertuah menjadi Timbalan Ketua Cawangan PBB Gedong di bawah pimpinan Premier Sarawak yang juga merupakan Ketua Cawangan berkenaan.

“Saya sering bertemu dengan beliau kira-kira dua hingga tiga kali sebulan untuk berbincang mengenai keperluan dan pembangunan di kawasan Gedong. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Penasihat MINTRED dan kerap berbincang dengan Menteri MINTRED, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dalam hal pembangunan keusahawanan dan industri,” ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wujud perebutan kuasa dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti seperti yang didakwa oleh portal Free Malaysia Today (FMT), sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat.

Foto : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan