Tiada kes majikan Pahang tak izin pekerja tunai solat Jumaat

KUANTAN – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang tidak menerima sebarang laporan berkaitan majikan di negeri ini yang tidak membenarkan pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat.

Walaupun pihak JTK ada menerima 434 kes aduan dan 772 kes buruh daripada pekerja, namun ia tidak membabitkan halangan menunaikan solat, termasuk solat Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang dalam sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sim yang juga ADUN Teruntum daripada PKR memaklumkan, garis panduan berkaitan solat untuk pekerja beragama Islam sudah dikeluarkan JTK Semenanjung Malaysia dan perlu dipatuhi semua majikan di negara ini.

“Kebenaran menunaikan solat dalam waktu kerja tertakluk kepada garis panduan itu.

“Untuk solat (fardu), pekerja diberikan pelepasan sekurang-kurangnya 20 minit, manakala untuk solat Jumaat pula, pekerja diperuntukkan sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit,” jelasnya.

Beliau turut meminta Tuan Ibrahim menghubungi secara terus jika terdapat kes membabitkan majikan yang ingkar melaksanakan garis panduan berkenaan.

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun