Maxim E-hailing kongsi subsidi petrol kepada lebih 500 pemandu

KUCHING – Maxim E-hailing melancarkan program pemberian petrol percuma kepada pemandu rakan kongsinya bagi mengurangkan kos perbelanjaan mereka.

Menurut kenyataan rasmi Maxim, program ini bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan dan kualiti perkhidmatan pemandu.

Sebanyak 10 pemandu terbaik dari empat negeri, iaitu Labuan, Sabah, Sarawak, dan Kedah dipilih berdasarkan penilaian seperti rating tinggi (9.8-10.0), jumlah pesanan, dan maklum balas penumpang.

Pemandu yang terpilih dijemput ke acara khas di stesen minyak untuk menerima subsidi petrol.

Antara stesen minyak yang terlibat ialah Petronas, Shell, dan Petron.

Seorang pemandu, Hasriadi Basri, menyatakan rasa syukurnya dan kempen ini banyak membantu menjimatkan lebih RM50 untuk petrol, cukup untuk empat hari.

“Saya rasa dihargai sebagai pemandu kerana usaha saya diiktiraf,” katanya.

Menurut Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyokong kesejahteraan pemandu.

“Kami mahu memastikan rakan pemandu dapat terus berkembang maju dalam industri ini dengan sokongan yang mencukupi,” katanya.

Selain itu, Maxim juga menawarkan pelbagai kemudahan lain kepada pemandu, termasuk diskaun di bengkel khas dan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Usaha ini menunjukkan keprihatinan syarikat terhadap komuniti dan rakan pemandunya.

Related Posts

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar