Maritim tahan vesel nelayan tempatan, langgar peraturan di Zon Maritim Sandakan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di kawasan Zon Maritim Sandakan, berhampiran Sungai Asam di sini pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, vesel tersebut dikesan melalui radar ketika KM Terbau menjalankan Op Pluto Timur / Op Khas Cegah PATI (OCP) Utara Covid 19 dan Op Tiris 3.0 sedang menarik pukat di luar kawasan yang dibenarkan, iaitu 2.6 batu nautika dari daratan terhampir.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tekong warga Indonesia yang berusia 76 tahun memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Sementara itu, tiga awak-awak berusia antara 19 hingga 41 tahun yang disyaki berbangsa Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan,” katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

Tambah beliau, selain itu, pemeriksaan ke atas vesel itu juga mendapati radio VHF yang digunakan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM.

“Kesemua suspek serta vesel tersebut telah diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Suhairy turut mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa bekerjasama dengan APMM dalam memberikan maklumat berkenaan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang atau kecemasan di laut.

Beliau turut menyeru komuniti maritim untuk menghubungi bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999 sekiranya perlu.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen