KETIKA dunia berdepan ketidaktentuan susulan ketegangan krisis di Asia Barat, dunia bergelut dengan kenaikan harga minyak global termasuk negara-negara ASEAN.
Thailand antara negara yang terkesan, dan kerajaan mereka memilih untuk menampung kenaikan harga diesel melalui penggunaan Dana Bahan Api Minyak yang ditubuhkan sejak tahun 1973, selepas krisis minyak global.
Namun, pendekatan Thailand ini mempunyai risiko besar.
Ini berbeza dengan pendekatan Malaysia.
Malaysia menggunakan mekanisme APM.
Di Malaysia, kerajaan memberi subsidi khusus kepada sektor kritikal seperti pengangkutan awam, logistik dan sektor tertentu yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat.
Kaedah pendekatan yang lebih strategik.
Sistem pembiayaan Thailand bergantung kepada hutang. Dana Bahan Api Minyak Thailand dibenarkan meminjam sehingga 150 bilion Baht, bersamaan kira-kira RM18.7 bilion.
Ini bermakna harga minyak yang ‘murah’ di Thailand sebenarnya ditanggung melalui hutang masa depan. Beban kepada anak cucu mereka dan generasi masa hadapan.
Laporan semasa menunjukkan dana tersebut mencatat defisit lebih 50 bilion Baht hanya untuk bulan April sahaja.
Jika harga minyak kekal pada tahap semasa, dana ini dijangka akan habis dalam tempoh sekitar dua bulan sahaja. DUA BULAN SAHAJA.
Kemudian? Harga diesel di Thailand akan kembali kepada harga pasaran sebenar. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan Thailand perlu menanggung hutang hampir RM18.7 bilion.
Kaedah yang dipilih oleh Thailand hanya menangguhkan kesan kenaikan harga minyak, bukan menyelesaikannya.

Sebaliknya, pendekatan Kerajaan MADANI lebih berdisiplin dari sudut fiskal.
Subsidi diberikan secara bersasar kepada sektor penting, tanpa perlu menanggung bebanan hutang fiskal yang besar.
Pendekatan ini mungkin tidak kelihatan ‘murah’ dalam jangka pendek, tetapi ia jauh lebih stabil dan mampan dalam jangka panjang. Untuk anak cucu kita di masa depan.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kestabilan fiskal bukan lagi pilihan, tetapi keperluan.
PMX mengambil langkah yang betul, berani dan tepat mengikut situasi.
*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)




