Ekonomi Biru pemacu baharu ekonomi Sabah, sasar pertumbuhan nilai tinggi

KOTA KINABALU – Ekonomi Biru akan menjadi pemacu strategik dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi mentransformasikan struktur ekonomi negeri ke arah pertumbuhan bernilai tambah tinggi, inklusif dan mampan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pendekatan itu berteraskan kelebihan maritim serta kekayaan biodiversiti Sabah yang merangkumi pelbagai sektor strategik termasuk perikanan moden, akuakultur, bioteknologi marin logistik maritim dan pelancongan berasaskan alam semula jadi.

“Pendekatan ini selari dengan teras pemerkasaan ekonomi rakyat, keseimbangan wilayah, inovasi dan kelestarian alam sekitar yang menjadi tunjang SMJ 2.0.

“Pelan berkenaan diunjurkan mampu menjana pendapatan hasil laut sehingga RM3.25 bilion setahun menerusi sektor perikanan dan akuakultur, sekali gus membuka ruang pertumbuhan baharu kepada ekonomi negeri.

“Sektor ini juga terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menyumbang sebanyak RM9.18 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara sehingga suku ketiga 2025, dengan pengeluaran hasil laut melebihi 1.91 juta tan metrik bernilai kira-kira RM6.05 bilion,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Aspirasi Outreach Sabah 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pada Khamis..

Mengulas mengenai pencapaian pembangunan negeri, Hajiji berkata, pelaksanaan SMJ 1.0 (2021–2025) berjaya meletakkan asas kukuh kepada pemulihan ekonomi Sabah serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, walaupun berdepan ketidaktentuan global.

“Sepanjang tempoh itu, Sabah mencatat sejarah apabila kutipan hasil negeri hampir RM7 bilion buat pertama kali, dengan RM6.96 bilion pada 2022, RM6.97 bilion pada 2023 dan kekal kukuh dengan pungutan hasil sebanyak RM6.76 bilion pada 2025.

“Prestasi tersebut turut disokong peningkatan KDNK negeri yang mencapai RM84.3 bilion pada 2024 berbanding RM77.8 bilion pada 2020, sekali gus menempatkan Sabah sebagai penyumbang ketujuh terbesar kepada ekonomi negara.

“Unjuran KDNK bagi 2025 juga dijangka terus berkembang sekitar 1.5 peratus, mencerminkan momentum pertumbuhan ekonomi negeri yang kekal stabil,” kongsinya.

Menurut Hajiji kejayaan SMJ 1.0 memberi keyakinan bahawa Sabah berada pada landasan tepat, seterusnya mendorong pelaksanaan SMJ 2.0 yang menuntut anjakan menyeluruh termasuk perubahan cara berfikir, bekerja dan mencipta nilai baharu untuk rakyat.

“Hala tuju ini juga diselaraskan dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri sehingga 2030,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran program TERAJU Aspirasi Outreach Sabah 2026, Hajiji berkata, ia membuktikan peranan penting TERAJU sebagai pemudah cara dalam memperkasa pembangunan ekonomi Bumiputera di Sabah.

“Program outreach ini bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti, malah membuka peluang jaringan perniagaan yang lebih luas kepada usahawan tempatan.

“Platform ini juga menjadi jambatan yang menghubungkan dasar kerajaan dengan pelaksanaan di peringkat akar umbi, sekali gus memastikan manfaat pembangunan dapat disampaikan secara lebih menyeluruh,” jelasnya lagi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hajiji turut menyeru usahawan Bumiputera di negeri ini agar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan, termasuk meneroka sektor baharu seperti Ekonomi Biru yang mempunyai potensi besar jika diterokai secara strategik.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan