Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada

PUTRAJAYA – Usaha meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 dilihat mampu dilaksanakan tanpa menjejaskan operasi semasa serta tidak memerlukan pembangunan infrastruktur baharu.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pelaksanaan itu bagaimanapun perlu dilakukan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran operasi serta kestabilan rantaian bekalan.

“Dari segi infrastruktur adunan, sekiranya kita hendak ke tahap yang lebih tinggi, B20 atau B30, pelaburan dari segi infrastruktur itu perlu dibuat. Jadi untuk sasaran jangka sederhana ini, memang ada keperluan untuk kita naik taraf infrastruktur itu.

“Tetapi bila kita meneliti dari segi peringkat pengoperasian, menunjukkan sekiranya dari segi penyusunan operasi di pusat-pusat adunan ini tanpa membabitkan penaiktarafan infrastruktur, adunan itu boleh dinaikkan daripada B10 ke B15.

“Tetapi benda tu perlu dilakukan secara progresif, maksudnya berperingkat-peringkat, untuk memastikan bila disebut soal operasi, kita tidak boleh mengganggu operasi sedia ada,” katanya selepas melawat Projek Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) merumuskan langkah mempercepat peningkatan adunan biodiesel daripada B10 kepada B15, bermula dengan formulasi B12.

Ketika ini, Malaysia melaksanakan mandat biodiesel B10 di peringkat nasional bagi sektor pengangkutan, manakala penggunaan B20 telah diperkenalkan di kawasan terpilih seperti Labuan, Langkawi dan sebahagian Sarawak.

Berdasarkan data industri, pengeluaran biodiesel negara dianggarkan mencecah 1.5 bilion liter setahun, namun masih di bawah kapasiti maksimum, sekali gus membuka ruang untuk peningkatan kadar adunan tanpa menjejaskan bekalan domestik.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan peralihan daripada B10 ke B15.Beliau berkata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kini sedang memperincikan aspek pelaksanaan termasuk komitmen semua pihak dalam rantaian penghasilan biodiesel.

“Esok, saya bersama dengan Datuk Seri Noraini Ahmad akan turun ke salah satu fasiliti di Pelabuhan Klang, untuk menilai dan meninjau dari segi kesiapsiagaan fasiliti penghasilan biodiesel di sana,” katanya.

Menurutnya, langkah tersebut juga bertujuan membantu sektor pengangkutan dan penggunaan jentera yang berdepan peningkatan kos operasi susulan krisis tenaga global.

“Apabila kita mahu menaikkan dari segi tahap adunan komposisi biodiesel dalam diesel, sekiranya dia melepasi beberapa tahap termasuk ke B20, dia akan masuk kepada isu infrastruktur logistik dan sebagainya.

“Pembawaan kita pada masa ini adalah untuk tidak mengganggu pengoperasian sedia ada, penerimaan pengguna dan sebagainya. Sebab itu, dari segi komitmen secara meluas untuk sektor pengangkutan jentera dan sebagainya, kita bersetuju untuk B10 ke B15,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan