Tekong tempatan cuba seludup petrol 600 liter ditahan

KUALA PERLIS – Seorang tekong warga tempatan berumur 26 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana disyaki cuba menyeludup keluar lebih 600 liter minyak petrol dalam bot fiber, lewat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, bot ronda Zon Maritim yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris mengesan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 1.09 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa 16 tong hitam berisi petrol yang dianggarkan 20 liter setiap satu, tiga tong biru berisi 30 liter setiap satu dan satu tong putih berisi 200 liter, di mana jumlah keseluruhannya melebihi 600 liter.

“Suspek memberikan alasan bahawa minyak itu adalah untuk kegunaan sendiri, namun siasatan awal menunjukkan ia berkemungkinan besar untuk aktiviti penyeludupan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan, Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 49 Akta Kastam 1967.

Kesemua hasil tangkapan bersama suspek telah dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

Menurut Mohd Hashim, modus operandi penyeludupan minyak ini melibatkan pengisian di stesen-stesen minyak tempatan dengan menggunakan kenderaan yang berbeza sebelum dibawa ke bot.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim di perairan negeri ini dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan 999.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran