Teknologi, kualiti tanaman pacu industri koko Malaysia bersaing di peringkat global

KOTA KINABALU – Industri koko negara mempunyai kelebihan tersendiri untuk bersaing dengan pengeluar koko lain di peringkat antarabangsa, terutamanya dari segi kualiti, teknologi pemprosesan dan pemasaran.

Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Dr. Ramle Kasin berkata, selain kekuatan dalam aspek pemasaran dan pembungkusan, industri koko negara turut disokong oleh sumber tenaga kerja berkemahiran tinggi yang berpengalaman dalam penghasilan koko dan produk hilirannya.

“Dari segi kualiti, kita mempunyai kelebihan dalam teknologi pemprosesan, strategi pemasaran dan pembungkusan yang baik serta sumber ‘human resources’ yang sangat berkualiti.

“Kita juga memiliki bahan tanaman koko bermutu tinggi yang menjadi asas kepada hasil pengeluaran berkualiti,” katanya.

Tambah beliau, Sabah merupakan antara penyumbang utama pengeluaran koko negara menyumbang lebih 60 peratus daripada keseluruhan hasil koko Malaysia.

“Kebanyakan petani di Sabah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam pengurusan tanaman koko. Ketika ini terdapat kira-kira 3,000 petani koko di negeri ini yang mengusahakan tanaman di kawasan Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau dan semakin berkembang ke kawasan Kuamut.

“Keluasan tanaman koko yang diusahakan kini melebihi 3,000 hektar,” beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Malam Penghargaan 2025: ‘Press & Partnership – An Evening of Recognition’, di sini pada Isnin.

Ramle berkata, dengan gabungan kelebihan ini, LKM yakin industri koko tempatan terus berdaya saing di pasaran global dalam memenuhi permintaan berkualiti tinggi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia mencatatkan perolehan eksport sebanyak RM15.06 bilion pada tahun 2024 menunjukkan sektor koko yang terus berkembang dan mendapat pencapaian yang positif.

Jelasnya, peningkatan itu adalah sebanyak 83.66 peratus iaitu RM6.86 bilion berbanding RM8.20 bilion pada tahun sebelumnya dan pengeluaran koko tempatan juga mencatatkan peningkatan dengan jumlah 445.37 tan matrik.

“Kebanyakan eksport koko kita pergi ke kawasan Singapura, Amerika Syarikat dan juga kawasan-kawasan Jepun serta beberapa lagi tempat di kawasan Asia.

“Jadi ini adalah satu pencapaian yang sangat baik untuk ‘export earning’ yang selama ini saya katakan tadi lebih daripada 68 peratus yang telah dicapai.

“Dari segi harga juga industri kita semakin baik dengan kenaikan dalam tiga kali ganda untuk tahun 2023 hingga 2024, dahulu RM8,000 satu tan sekarang mencapai dalam RM20,000 hingga RM35,000 satu tan, ini adalah satu galakan untuk mengusahakan semula koko,” kata Ramle.

Sementara itu, beliau turut sempat mengulas mengenai cabaran cuaca dalam industri koko negara.

Jelasnya, antara satu faktor yang akan mendorong kekurangan tanaman antaranya adalah dari segi cuaca masa ini, walaupun sebenarnya mempunyai bahan tanaman yang baik, boleh adaptasi dengan kawasan hujan atau perubahan cuaca, tetapi tetap menjadi cabaran bukan saja di Malaysia malah negara lain.

“Cabaran ini juga diatasi dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu seperti penghasilan dari segi bahan tanaman bajak yang sesuai, malah kita pergi kepada penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan lagi pergantungan tenaga buruh.

“Jadi ini usaha kita untuk memperkuatkan lagi industri dengan bantuan, sokongan daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus memperkasakan industri ini,” ujarnya.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO