10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini.

Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mereka berada dalam enam daripada 22 kapal yang ditahan antara jam 1 hingga 11 pagi waktu Malaysia, bersamaan 6 petang waktu Greece.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby, berkata antara yang ditahan ialah wartawan veteran dan aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA yang menaiki kapal Arkham III, selain Osman Zolkifli serta Dr Jihan Alya Mohd Nordin di atas kapal Eros 1.

Turut ditahan ialah Mohd Shamsir Mohd Isa (kapal Esplai), Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dan Norhelmi Ab Ghani (kapal Bianca BCN), Mohd Redzal Amzah (kapal Freia) serta Muhamad Muhzin Zaidi (kapal Marea).

Sani berkata, kapal terbabit dihampiri secara agresif oleh tentera Zionis ketika berada pada kedudukan 656 batu nautika dalam zon pelayaran yang sah.

“Kali terakhir SNCC dapat berhubung dengan kapal terbabit adalah kira-kira empat jam lalu sebelum terputus hubungan. Berlaku provokasi dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran dan gangguan frekuensi radio.

“Tiada maklumat lanjut mereka ditahan dan diculik secara tidak sah dan akan disahkan dalam masa terdekat.

“Pihak keluarga juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media khas di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, SNCC memaklumkan sebanyak 56 kapal telah memulakan pelayaran dari Pelabuhan Catania, Itali bagi meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza.

Seramai 36 rakyat Malaysia terbabit dalam misi itu merangkumi jurutera bot, kapten, pasukan perubatan serta kru kapal dan peserta, yang dilaporkan berada dalam keadaan baik serta bersedia meneruskan perjalanan.

Related Posts

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

PUTRAJAYA – Panduan pelarasan Perbelanjaan Mengurus (OE) bagi semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu hanya membabitkan perbelanjaan tidak kritikal. Kementerian itu menjelaskan, bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MoT) telah mengambil pendekatan berkongsi kereta dan menggunakan penerbangan kelas ekonomi sebagai langkah dalam berjimat cermat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu yang dilakukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan