Tambahan 740 ekar keluasan IPR-INTAN@NCER menjelang hujung tahun

CHUPING – Seluas 740 ekar keluasan IPR-INTAN@NCER akan dibuka menjelang hujung tahun ini, menjadikan keseluruhan keluasan ladang mencecah 865 ekar dengan hasil tuaian diunjurkan melebihi 12,000 metrik tan setahun apabila beroperasi sepenuhnya.

IPR-INTAN@NCER merupakan program di bawah Kementerian Ekonomi dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya di NCER.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan berkata, ketika ini projek IPR-INTAN@NCER di Perlis telah dimulakan di tanah seluas 125 ekar dengan sasaran pengeluaran lebih 2,200 metrik tan cili, terung, dan bendi setahun.

“Dengan penambahan 740 ekar lagi, kami akan memperluaskan tanaman termasuk betik, tembikai, cendawan, markisa, dan pisang, menjadikan keseluruhan keluasan ladang mencapai 865 ekar di Perlis,” katanya pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik Bagi Pelaksanaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-INTAN NCER di Lembah Chuping di sini hari ini.

Beliau turut menambah, projek IPR-INTAN@NCER di Perlis akan membuka 745 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, selain menyediakan peluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan latihan pengurusan kewangan menerusi kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

IPR-INTAN@NCER juga akan diintegrasikan dengan peserta program Transformasi Usahawan Mampan NCER (NEST), bermula dengan dua syarikat tempatan iaitu Farmotic dan Abi Agro.

Farmotic, dengan kepakaran teknologi robotik pertanian, dan Abi Agro, yang pakar dalam peralatan pembajaan dan hidroponik, akan menyokong usaha ini melalui kerjasama teknologi, seterusnya memperluas impak program ini.

“NCIA juga bekerjasama dengan FGV Integrated Farming untuk mempermudah aktiviti penjualan hasil tuaian tanaman IPR-INTAN@NCER melalui platform KedaiFGV.com di bawah jenama LADANG’ 57,” tambah Mohamad Haris.

Pelaksanaan IPR-INTAN@NCER mencerminkan komitmen NCIA dalam memacu program pertanian moden yang selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara di bawah Pelan Pembangunan Strategik NCER.

Menurut data Jabatan Pertanian, kadar sara diri (SSR) bagi tanaman sayuran negara pada 2022 adalah sebanyak 44.7 peratus, dengan lebih 55 peratus atau 2 juta metrik tan terpaksa diimport untuk memenuhi permintaan tempatan, bernilai RM6.2 bilion. Nilai import ini terus meningkat selama empat tahun berturut-turut sejak 2019.

NCIA juga akan terus memperkasakan pelaksanaan IPR-INTAN@NCER dan satu lagi projek pemodenan pertanian iaitu Zon Ekonomi AgriBio NCER (NAEZ) bagi menangani cabaran ini.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM