‘Takut jarum, namun sudah derma darah 46 kali’

KOTA KINABALU – Takut jarum, namun sudah menderma darah 46 kali.

Demikian perkongsian Hazimin Abdul Roni, seorang jururawat lelaki di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Queen Elizabeth II yang berasal dari Kedah dan berkhidmat 12 tahun dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada dua tahun pertama perkhidmatannya, dia hanya berkongsi kebaikan menderma darah kepada orang ramai tanpa pernah menderma sendiri.

“Rakan-rakan sekerja akan datang dalam pelbagai bentuk, ada yang menawarkan beras, bakul makanan, cabutan bertuah seperti iPad, barangan elektrik dan baucar hotel.

“Tapi semua itu tidak dapat mengurangkan ketakutan saya terhadap jarum,” katanya semasa Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Sabah 2025 di Hospital Queen Elizabeth II, di sini pada Selasa.

Hazimin berkata, dia pertama kali memberanikan diri untuk menderma darah pada tahun 2015.

“Kini, sudah 10 tahun saya konsisten menderma setiap dua hingga tiga bulan sekali dan jumlah keseluruhan pendermaan saya 46 kali setakat ini.

“Mungkin angka ini tidak sehebat penderma lain, tapi bagi saya, yang penting saya sudah bermula.

“Sekarang, bagaimana pula dengan anda?” soalnya.

Kata Hazimin, pengalaman bertugas dalam bidang transfusi membawanya menyertai pelbagai kempen derma darah termasuk yang dianjurkan oleh Persatuan Talasemia.

“Di sini saya berpeluang bertemu dan berkomunikasi dengan pesakit talasemia dari seluruh Sabah, terutamanya dari Ranau dan Keningau, yang sering meminta bantuan untuk mendapatkan darah.

“Ada yang perlu menunggu sehingga dua minggu untuk dihubungi semula oleh hospital untuk mendapatkan darah tambahan.

“Saya kemudian tahu bahawa darah saya ada ‘phenotype’ yang sesuai untuk pesakit talasemia dan dari situ lahir keazaman saya untuk terus menderma,” katanya lagi.

Hazimin juga berkongsi kisah yang menyentuh hati tentang seorang tauke Cina yang isterinya yang tidak dapat diselamatkan.

“Saya masih ingat kisah seorang tauke Cina dari daerah Sipitang yang datang bersama anaknya untuk menganjurkan kempen derma darah di hospital kami.

“Dia memberikan ‘goodies’ dan barangan elektrik sebagai galakan kepada penderma.

“Apabila ditanya mengapa dia susah payah menganjurkan kempen ini, dia berkongsi bahawa suatu ketika dahulu isterinya dimasukkan ke hospital yang sama dan memerlukan darah segera.

“Malangnya, ketika itu stok darah sangat rendah dan dia sendiri tidak dapat menderma kerana masalah kesihatan. Usahanya mencari penderma gagal dan isterinya tidak dapat diselamatkan.

“Sejak itu, beliau menjadi penganjur tetap kempen derma darah kerana baginya, duit boleh dicari, tetapi nyawa yang tersayang tidak dapat digantikan dengan wang ringgit,” katanya.

Hazimin berkata, bidang transfusi darah banyak mengajarnya erti kemanusiaan.

“Di sini, kami jururawat dan doktor menjaga mereka yang sihat.

“Ironinya, orang yang sihat ini lebih ‘manja’ apabila berhadapan dengan jarum berbanding pesakit yang telah reda dengan keadaan mereka,” ujarnya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu