Taktik baharu sindiket dadah guna ‘Chopping Board’

PENAMPANG – Polis Sabah berjaya melumpuhkan sindiket yang menggunakan taktik penyeludupan baharu iaitu dengan menyembunyikan dadah di dalam dulang pemotong sayur (chopping board).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kejayaan itu hasil daripada maklumat awam apabila mereka mengesyaki tentang barang-barang yang ditempah menimbulkan syak wasangka.

“Chopping board ini dibelah dua, dibuat ruang khas di bahagian tengah untuk menyimpan syabu, kemudian dicantum semula.

Kesemua dadah ini ditemui di dalam 11 kotak, menggunakan sebanyak 473 keping chopping board bagi menyembunyikan bahan terlarang tersebut,” jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK), di sini pada Khamis.

Katanya, sindiket pengedaran dadah berskala besar selepas merampas dadah jenis syabu seberat kira-kira 39.5 kilogram bernilai RM1.264 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Dongonggon.

Menurut beliau, serbuan dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam, pada 6 Januari apabila polis menyerbu rumah terbabit dan menahan dua lelaki yang berada di dalam kediaman berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di ruang tamu rumah tersebut, polis menemukan 40 bungkusan pelbagai saiz yang mengandungi dadah jenis syabu. Pemeriksaan lanjut mendapati jumlah keseluruhan dadah itu dianggarkan seberat 39.5 kilogram,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek berumur 28 dan 29 tahun, merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur dan kini direman sehingga 14 Januari 2026 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis benzodiazepine (benzo), manakala semakan rekod turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah.

Beliau berkata siasatan awal percaya dadah itu dihantar dari Kuala Lumpur ke Sabah melalui laluan laut, menggunakan syarikat penghantaran dan pintu masuk yang sah, sekali gus menunjukkan sindiket semakin licik dalam mengeksploitasi sistem logistik negara.

Sehubungan itu, Jauteh berkata Polis Sabah akan mengadakan mesyuarat dan perbincangan segera dengan agensi-agensi berkaitan, bagi memperketatkan kawalan serta pemeriksaan kargo.

“Sekiranya kita mempunyai kelengkapan mencukupi dan pemeriksaan yang lebih teliti di pintu masuk negeri, kita yakin kemasukan dadah ke Sabah dapat dibendung dengan lebih berkesan,” katanya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan