Tabung Bencana Tanaman Padi: 702 pesawah Perak terima bantuan

KERIAN – Sejumlah 702 pesawah di negeri Perak menerima bantuan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) dengan jumlah keseluruhan RM812,081 susulan masalah banjir dan kemarau yang dihadapi mereka pada tahun 2024.

Menurut Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, bantuan tersebut diberikan kepada pesawah melibatkan daerah Hilir Perak, Kerian dan Perak Tengah.

Ujarnya, bencana banjir dan kemarau yang berlaku itu menjejaskan sawah di kawasan seluas 778.15 hektar melibatkan tiga daerah terbabit.

“Seramai 465 orang pesawah di Daerah Kerian telah menerima bantuan bernilai RM412,534 melalui inisiatif TBTP ini.

“Kemarau yang melanda di Kerian pada tahun lalu telah menjejaskan sawah seluas 470.93 hektar, manakala 0.7 hektar telah terjejas akibat banjir bagi lain-lain tanaman,” katanya.

Tambah beliau, seramai tiga orang penerima di bawah bantuan Tabung Bencana Pertanian (TBP) menerima jumlah bantuan sebanyak RM6,000 juga di Daerah Kerian.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan TBTP Negeri Perak Zon Kerian Tahun 2025 di Dewan Komuniti Bagan Serai, pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Datuk Sham Mat Sahat.

Mengulas lanjut, Mohd Zolkafly berkata, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan TBP berjumlah RM1.412 juta sebagai usaha dalam meringankan beban kepada mereka yang terjejas dengan bencana alam.

“Bantuan Kerajaan Perak yang disalurkan melalui Jabatan Pertanian Negeri dengan kerjasama LPP turut diberikan kepada 110 petani dan penternak melibatkan subsektor tanaman makanan, ternakan dan akuakultur.

“Faktor perubahan iklim menjadi salah satu cabaran besar dalam sektor pertanian,” katanya.

Namun begitu, jelas beliau, Kerajaan Negeri dan Persekutuan tetap cakna dengan permasalahan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi LPP Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan yang menyelaraskan harga lantai belian padi RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik.

Ujarnya, kadar itu disifatkan memadai berdasarkan situasi semasa serta dalam memastikan kestabilan harga beras di pasaran.

Jelasnya, sekiranya harga lantai dinaikkan terlalu tinggi, dikhuatiri akan menyebabkan pengilang menawarkan harga lebih tinggi untuk mendapatkan bekalan padi.

Bagaimanapun, tambah beliau, kerajaan akan sentiasa melakukan kajian berterusan berkenaan harga lantai belian padi berdasarkan kepada keperluan pesawah.

“Selain daripada inisiatif itu, pesawah turut menerima manfaat lain daripada kerajaan.

“Ia termasuk Skim Subsidi Harga Padi serta bantuan tunai sementara menunggu padi dituai.

“Malah kerajaan juga kini sedang giat melakukan pemantauan bagi mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memanipulasi harga benih padi di pasaran,” katanya.

Malah Sham juga meminta sekiranya ada bantahan terhadap harga lantai belian padi, saluran mengikut saluran betul dan tidak perlu berdemonstrasi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM