Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba ambil bola jatuh ke sungai

PARIT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan dua remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Perak berhampiran Kampung Tepus, dekat sini, ketika cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai, pada petang Isnin.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, maklumat awal diterima, kedua-dua mangsa berusia 16 tahun merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah, Parit.

Ujarnya, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 4.21 petang.

“Susulan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi mencari mangsa.

“Difahamkan mereka bermain bola dan kemudian bola tersebut jatuh ke dalam sungai.

“Kedua mangsa dikatakan cuba mengambil bola itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas Sabarodzi, dalam operasi itu, penduduk kampung turut membantu pencarian dengan menggunakan bot nelayan manakala anggota menggunakan bot aluminium.

Tambahnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar dan Pulau Pangkor juga telah digerak atur bagi membantu operasi.

“Keadaan cuaca ketika ini mendung dengan arus air sungai deras.

“Setakat jam 6.30 petang, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai,” ujar beliau.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM