Syarikat gergasi UAE tingkat pelaburan di Malaysia kerana kredibiliti Anwar

HASIL lawatan kerja Perdana Menteri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah membuahkan kejayaan yang sangat menguntungkan untuk rakyat dan negara, sekaligus membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala dan memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan UAE.

Dalam lawatan kali kedua ke UAE sejak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang untuk bertemu dengan pengurusan kanan tiga syarikat utama dan dana kekayaan berdaulat UAE, iaitu Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Mubadala, dan Masdar.

Pertemuan bersama tiga syarikat utama tersebut mengukuhkan lagi keyakinan kerajaan UAE dan syarikat gergasi dari negara Teluk terhadap potensi kerjasama ekonomi bersama Malaysia.

“Kami membincangkan usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB), sekuriti makanan dan tenaga, kecerdasan buatan (AI), serta menangani isu serantau dan global secara bersama,” katanya dalam hantaran di media sosial beliau.

Hasil perbincangan dengan Masdar, syarikat itu merancang untuk melabur di Malaysia melalui usaha sama dengan syarikat tempatan malah pelaburan itu turut melibatkan projek tenaga hijau, infrastruktur, bateri utama, serta pengukuhan grid tenaga.

Sementara itu, ADIA menzahirkan minat untuk terlibat dalam beberapa inisiatif strategik di Malaysia, ini termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, rangka kerja Ekonomi MADANI, dan projek di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Projek tersebut merangkumi pembuatan termaju, teknologi hijau, logistik, kesihatan, ekonomi digital, tenaga boleh baharu, dan pendidikan.

Selain itu, ADIA juga berhasrat untuk menyertai penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama Global Infrastructure Partners (GIP), dengan pengalaman mereka dalam mengurus lapangan terbang utama seperti di Dubai, Abu Dhabi, Heathrow (London), dan Paris, ADIA juga ingin memainkan peranan positif untuk menyokong GIP dan MAHB dalam penambahbaikan operasi lapangan terbang di Malaysia.

Dalam pertemuan bersama Mubadala, perbincangan difokuskan kepada pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan pembangunan infrastruktur berkaitan gas selain pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan projek di JS-SEZ.

Lawatan ini membuktikan kepercayaan kukuh UAE terhadap Malaysia sebagai rakan strategik ekonomi, sekali gus membuka peluang untuk pelaburan bernilai tinggi dalam pelbagai sektor penting negara.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi