LAWATAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lima buah negara pada kali ini adalah sesuatu yang mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Negara pertama yang dilawatinya ialah China untuk merasmikan ekspo perdagangan dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang.
Selepas ke China, beliau pulang sebentar untuk lawatan seterusnya di empat buah negara pula. Negara yang dilawatinya ialah Mesir bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Kemudian, PMX ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam yang membincangkan situasi terkini dunia Islam, khususnya menyentuh mengenai konflik di Palestin.
Usai lawatan ke Kaherah dan Riyadh, beliau seterusnya mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 di Lima, Peru.
Selepas Peru, PMX ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.
Dalam kesemua lawatan itu, selain membawa suara Malaysia dalam isu-isu antarabangsa dan mengukuhkan hubungan dua hala, kejayaan menarik pelaburan ke dalam negara juga tidak pernah dilupakan.
Dalam lawatan ke lima buah negara (China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil) yang berakhir hari ini (19 November), ia adalah lawatan rasmi ke luar negara paling panjang yang pernah dilakukan oleh seorang Perdana Menteri Malaysia.
PMX yang berlepas pada 4 November lalu tiba di tanah air hari ini 20 November di Kompleks Bunga Raya, KLIA sekitar jam 10 pagi.
Syabas, tahniah dan terima kasih PMX atas lawatan rasmi dan usaha murni yang berterusan untuk mengangkat Malaysia Madani ke persada dunia.






