Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pewartaan (gazet) kampung tersebut oleh kerajaan ketika ini bakal membuka ruang kepada perancangan pembangunan yang lebih tersusun dan sistematik.

Menurutnya, sebelum ini kawasan berkenaan tidak pernah digazet, sekali gus menyukarkan pelaksanaan pembangunan secara menyeluruh.

“Apabila kampung ini telah digazet, maka banyak pembangunan yang lebih rapi boleh diusahakan dan kita akan lakukan pelbagai cara bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya selepas melawat mangsa kebakaran, di Kg Bahagia, di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komunikasi berkesan antara semua pihak menjadi faktor penting dalam memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lancar kepada mangsa terlibat.

“Dalam keadaan yang cukup getir ini, komunikasi memainkan peranan paling penting.

“Dengan kerjasama semua pihak serta usaha yang bakal diumumkan kerajaan negeri Sabah, kita akan bantu mangsa sehabis baik,” ujarnya.

Khairul Firdaus yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, antara fokus utama ketika ini adalah memastikan mangsa mendapat penempatan semula di kawasan sama, selain membantu mereka membina kembali kediaman yang musnah.

“Harapan kita adalah untuk memastikan mangsa dapat membina semula rumah mereka.

“Jika sesuai, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau menggantikan semula kediaman asal mereka,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi itu, kebakaran bermula kira-kira pukul 1.30 pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 8,000 penduduk hilang kediaman apabila 1,000 rumah musnah.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus berkata, pelbagai usaha sedang digerakkan bagi menyalurkan bantuan segera kepada mangsa bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa walaupun kawasan tersebut bukan di bawah Parlimennya.

“Ini adalah contoh semangat kemanusiaan yang tinggi apabila beliau turun padang membantu mangsa,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dijadualkan melawat lokasi kejadian pada esok bagi meninjau situasi semasa serta mengumumkan langkah susulan yang akan diambil kerajaan negeri.

Dalam masa sama, katanya, pihak Parlimen Batu Sapi akan terus berada di lokasi ‘ground zero’ bagi menyelaras bantuan dan memastikan tiada masalah komunikasi antara mangsa serta agensi kerajaan.

“Kita mahu pastikan koordinasi bantuan berjalan lancar dan tersusun supaya semua mangsa menerima bantuan sewajarnya,” katanya.

Related Posts

3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

SANDAKAN – Kira-kira 1,000 rumah kediaman terjejas dalam satu kebakaran besar yang melanda sebuah penempatan di daerah ini awal pagi tadi, melibatkan anggaran lebih 9,000 penduduk. Ketua Polis Daerah Sandakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16