NAMPAK tak apa-apa yang pembangkang buat setelah gagal melaksanakan misi ‘Tebuk Atap 2.0’ melalui pengumpulan akuan bersumpah ahli Parlimen secara individu?
Adakah mereka hanya berdiam diri – kalau pun bising, itu sekadar bising-bising dalam kolah?
Jawapannya, tidak!
Pembangkang tidak semudah itu mengalah.
Banyak perkara dilakukan mereka setelah misi ‘Tebuk Atap 2.0’ gagal direalisasikan.
Antaranya, mereka melaksanakan misi pembodohan ke atas rakyat.
Apakah caranya?
Itu dilakukan dengan meyakinkan pengundi bahawa kemenangan pembangkang dalam apa-apa Pilihan Raya Kecil (PRK) akan membawa mereka ke Putrajaya.
Malangnya mereka kantoi iaitu tidak juga mampu menjadi kerajaan sekalipun menang PRK tidak kira kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun kerusi Parlimen.
Setelah ‘ubat bius’ itu tawar dan helah berkenaan tidak lagi berkesan, mereka beralih strategi.
Yang terkini, mereka mempergiat usaha menyebarkan kebencian.
Kalau dahulu mereka menyasarkan menteri daripada komponen Pakatan Harapan (PH) kini mereka mengkhususkannya kepada Perdana Menteri (PM).
Oleh sebab itu, kini dapat kita lihat serangan pembangkang ke atas PM sangat luar biasa.
Apa-apa sahaja yang dilakukan PM dinaratifkan semula dengan cara memusingkan fakta.
Semua gerak kerja PM (dan Kerajaan Perpaduan) disebarkan dari aspek yang negatif.
Matlamat mereka, biar kerajaan dilihat sebagai zalim, pro-Israel, anti-Islam, lemah, menyusahkan rakyat, dan sebagainya.
Mereka melakukan itu melalui soldadu siber termasuklah orang yang kelihatan ‘alim’ dari segi penampilannya.
Melalui orang seperti itu mereka cuba menarik sokongan rakyat agar membenci PM dan Kerajaan Perpaduan.
Sampai pada tahap ini kita kadangkala terfikir, itukah ajaran Islam?
Rasa-rasanya tidak!
Akal yang waras pasti mengatakan, pembangkang pada masa ini terlalu jauh menyeleweng.
Teruk betul mereka sekarang!





