PMX, wartawan CNN dan persoalan mengenai Israel

KENYATAAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan negara Israel ketika diwawancara oleh wartawan CNN, Richard Quest perlu dilihat dalam konteks pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan Israel secara keseluruhannya.

Pendirian Malaysia sehingga kini masih berpegang kepada Penyelesaian Dua Negara atau dalam bahasa Inggeris disebut Two-State Solution. Pendirian ini bermakna, wujud dua negara Israel dan Palestin yang merdeka.

Perlu dijelaskan di sini, apabila Malaysia berpegang kepada penyelesaian Two-State Solution, ia membawa makna bahawa jawapan PMX terhadap wartawan CNN itu tidaklah salah.

Antara mengiktiraf kewujudan dan menafikan kejahatan pada entiti yang sama, PMX berkata, Israel berhak untuk wujud dan Israel berhak untuk mempertahankan diri. Dalam pada masa yang sama, PMX juga mengecam hebat kezaliman Israel ke atas Palestin. Malah, PMX mengajak negara Islam untuk memboikot secara embargo ke atas Israel.

Kontradik? Tidak.

Ketika mana kita mengecam sesuatu kejahatan yang dibuat oleh sesuatu entiti, kita juga membenarkan entiti itu untuk terus wujud. Misalnya, apabila kita mengecam normalisasi LGBT, kita tidak boleh menidakkan keperluan pro-LGBT untuk terus hidup sebagaimana golongan yang lain.

Selain itu, kita boleh mengenakan hukuman penjara ke atas penjenayah, tetapi, kita tidak boleh menidakkan keperluan mereka untuk makan dan minum kecuali sudah sampai tahap hukuman gantung. Orang yang dihukum gantung sekali pun, masih perlu diberi makan sehingga tiba saat hukuman gantung dijalankan ke atasnya.

Walaun boleh (terus-menerus) ketawakan PMX. Tetapi, andai tiba saat mereka memerintah, tetap sahaja perkara yang sama akan berlaku.

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16