SWD, CM meterai MoU baharu: Kukuh pemantauan penyakit zoonotik, kesihatan hidupan liar Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) dan Conservation Medicine (CM) terus memperkukuh komitmen dalam melindungi kesihatan hidupan liar dan keselamatan awam apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) baharu bagi meneruskan kerjasama strategik sejak 2011.

Pengarah SWD, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, kerjasama tersebut merangkumi pembangunan dan pengoperasian Makmal Kesihatan Hidupan Liar dan Forensik Genetik SWD (WHGFL) dengan kerjasama Danau Girang Field Centre (DGFC).

“Makmal berstatus biokontainmen Tahap Keselamatan Biologi 2 itu telah diperakui mengikut piawaian antarabangsa sejak 2013 dan pada tahun 2024 ia berjaya memperoleh akreditasi ISO 17025 penanda aras kualiti antarabangsa bagi diagnostik penyakit hidupan liar dan analisis forensik DNA.

“WHGFL kini menjadi antara hanya 11 makmal hidupan liar khusus di seluruh dunia yang mencapai tahap akreditasi tertinggi ini, sekali gus membolehkan SWD memproses sampel forensik bagi tujuan pendakwaan dan menyokong usaha berterusan membanteras perdagangan hidupan liar haram serta pemburuan, yang bukan sahaja penting untuk pemuliharaan, malah turut melindungi kesihatan manusia,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Selasa.

Menurut Mohd Soffian, selain menyediakan pembiayaan dan kepakaran bagi penubuhan serta pembangunan berterusan makmal, CM turut bekerjasama rapat dengan SWD dalam membina keupayaan pemantauan penyakit zoonotik dan pengurusan patogen haiwan berisiko tinggi.

Katanya, pada tahun 2013, kedua-dua pihak telah menubuhkan Unit Kesihatan Hidupan Liar Sabah (WHU), yang menjalankan pemeriksaan fizikal dan diagnostik terhadap hidupan liar yang diselamatkan dan dipindahkan di seluruh negeri, serta aktiviti persampelan terhadap hidupan liar bebas.

“CM juga menyediakan latihan yang meluas dan berterusan kepada pegawai dan renjer SWD merangkumi pensampelan hidupan liar dan daging buruan, bioselamat di makmal dan lapangan, ujian penyakit serta tindak balas wabak, bagi memperkukuh keupayaan barisan hadapan negeri dalam menangani ancaman penyakit,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan