Suami isteri tak mengaku dera anak 12 tahun dalam sangkar anjing

BALIK PULAU – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganiaya anak perempuan mereka berusia 12 tahun sehingga cedera dua minggu lalu.

Tertuduh, Chew Kok Wan, 47, dan isterinya, Mak Wai Peng, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Pasangan itu didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di rumah mereka di sebuah kondominium di Bayan Lepas pada pukul 7.30 pagi, 18 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Sesyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong menawarkan jaminan RM20,000 setiap seorang, namun peguam V. Parthipan merayu jumlah yang minimum atas beberapa alasan.

“Bapa mangsa (Kok Wan) bekerja sebagai penyelia kilang dengan gaji RM5,500, manakala isterinya pula pengurus projek dengan pendapatan bulanan sebanyak RM7,000.

“Ibu mangsa bekerja sejak lapan bulan lalu dan baru selesai menjalani pembedahan kanser ovari di sebuah hospital swasta. Dia masih memerlukan rawatan susulan.

“Kedua-dua tertuduh mempunyai seorang lagi anak berusia 15 tahun. Mereka juga menjaga ibu bapa yang uzur dan mempunyai pinjaman untuk kereta dan rumah,” katanya.

Hakim menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kedua-dua tertuduh juga diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Julai ini.

Sebelum ini media melaporkan sepasang suami isteri ditahan disyaki mendera anak perempuan mereka termasuk dikurung dalam sangkar anjing.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada guru besar sekolah mangsa selepas melihat ada kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar