Akhir tahun ini selesai isu persempadanan Putrajaya – MB Selangor

PERSEMPADANAN bagi Putrajaya dijangka selesai akhir tahun ini, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor itu berkata, proses persempadanan bagi Kuala Lumpur dan Selangor belum dimuktamadkan kerana melibatkan kawasan yang lebih rumit.

“Sebahagian proses itu hampir selesai di Putrajaya.

“Yang melibatkan kawasan Ampang-Kuala Lumpur, Petaling Jaya-Kuala Lumpur dan Subang-Kuala Lumpur akan mengambil sedikit masa lagi sebab ia melibatkan kawasan yang lebih rumit (belum selesai),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini.

Semalam, Amirudin telah mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Menurutnya, pertemuan tersebut turut membincangkan isu tanah perkuburan Islam di Semenyih.

Zaliha dilaporkan berkata, pembukaan tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih, Selangor mampu menampung keperluan jenazah masyarakat Islam di Kuala Lumpur selama 28 tahun.

Jelasnya, penggunaan tanah perkuburan Islam sedia ada di Kuala Lumpur telah mencapai kadar lebih 70 peratus setakat ini.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, Kerajaan Negeri memohon supaya sebanyak 10 peratus penduduk tempatan dibenarkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan di Semenyih bagi mengelakkan beban kapasiti di kawasan lain.

“Nampaknya mereka positif dengan cadangan tersebut, walaupun ia akan diuruskan JAWI milik Pesuruhjaya Persekutuan,” katanya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda