Belia terus diperkasa, aset penting Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa golongan belia menerusi pelbagai program berimpak tinggi yang menyeluruh, inklusif dan progresif, selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendekatan holistik merangkumi aspek pendidikan, keusahawanan, kepimpinan, kesihatan mental dan pembangunan sahsiah dilaksana bagi memastikan belia Sarawak terus cemerlang dan berdaya saing.

“Program seperti Belia Go TVET, Jelajah Belia Sarawak, Eksplorasi Belia serta program integrasi antara negeri bukan sahaja menyediakan akses kepada latihan dan bimbingan, malah turut memberi ruang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan negeri,” katanya ketika sesi penggulungan DUN Sarawak pada Selasa.

Beliau berkata, kejayaan inisiatif Sarawak Youth Startup (SYStartup) jelas terbukti apabila 216 belia berjaya menubuhkan perniagaan masing-masing, dengan 98 daripadanya telah menggaji sehingga tiga pekerja, sekali gus mencipta peluang pekerjaan baharu.

“Ini membuktikan perubahan mentaliti belia daripada pencari kerja kepada pencipta pekerjaan. Kita mahu golongan muda berani meneroka bidang keusahawanan dan menjadi ejen perubahan dalam masyarakat,” ujarnya.

Selain itu, program Youth Entrepreneur Setup (YES) dan Sarawak Youth Business Ideas Competition (SaYBIC) turut diperluas ke seluruh negeri, termasuk kawasan luar bandar, bagi memupuk semangat keusahawanan dari peringkat awal.

Dalam aspek kepemimpinan pula, lima anak muda Sarawak kini mewakili negeri dalam ASEAN Youth Dialogue sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, manakala 250 lagi akan menyertai Rainforest Youth Summit 2025 pada Jun ini bagi membincangkan isu kelestarian alam sekitar dan kepimpinan belia serantau.

Sarawak juga bakal menganjurkan Sarawak Youth Fest di Bintulu pada Oktober ini, sebagai medan pengiktirafan kepada belia cemerlang menerusi Anugerah Belia Sarawak 2025 dan platform menonjolkan bakat dalam bidang seni, inovasi, sukan dan keusahawanan.

“Kerajaan Sarawak turut merancang penubuhan Youth Startup Hub, iaitu pusat sehenti yang menyediakan latihan, bimbingan, rangkaian perniagaan dan sokongan berterusan kepada usahawan muda,” jelas beliau.

Sementara itu, kerjasama strategik bersama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) terus diperkasa menerusi penganjuran Karnival Sukan SABERKAS (KASUS), Bubur Lambuk Roadshow, program kebajikan dan Literasi AI yang bakal berlangsung di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

“Belia ialah aset terpenting negeri. Melabur untuk mereka bermakna kita sedang membina masa depan Sarawak yang lebih progresif, berdaya saing dan sejahtera,” tegasnya.

FOTO: Unit Komunikasi Awam Sarawak

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda