SPRM serbu 4 lokasi FashionValet serentak, Vivy dan suami bersoal jawab dengan penyiasat

KUALA LUMPUR – Empat lokasi syarikat FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) di ibu negara diserbu serentak oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Serbuan ke atas rangkaian FashionValet ini dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RMRM43.9 juta.

Dalam siaran di laman TikTok rasmi SPRM pada Isnin, sebanyak empat lokasi berkaitan syarikat itu di ibu negara disahkan dibongkar penyiasat SPRM, sepanjang hari ini.

Menerusi siasatan itu, kelihatan sekumpulan pegawai SPRM masuk ke ibu pejabat berkenaan dan kemudiannya memeriksa beberapa dokumen mengenai pelaburan dua buah agensi berkaitan kerajaan (GLC) dalam syarikat itu.

Turut kelihatan, dua individu dipercayai usahawan fesyen yang juga pengasas bersama FashionValet iaitu Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar ‘bersoal jawab’ dengan penyiasat SPRM di salah satu pejabat berkenaan.

Namun kedua-dua wajah mereka dikaburkan dalam rakaman disiarkan di TikTok SPRM itu.

Ia juga menyatakan, siasatan berkenaan dilakukan mengikut Sekyen 18, Akta SPRM.

“Semua empat lokasi itu diserbu serentak hari ini,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya menyiasat pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Khazanah pada 2 November lalu mengarahkan audit dalaman berhubung perkara itu.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis Parlimen pada 28 Oktober lalu, menyatakan nilai saham Khazanah Nasional dan PNB dalam FashionValet menurun hampir RM44 juta apabila perniagaan itu dijual pada 2023 berbanding jumlah yang dibelanjakan pada 2018.

Ia juga menyatakan Khazanah melabur RM27 juta dan PNB RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam jenama fesyen itu dalam rancangan untuk meningkatkan perniagaan Bumiputera dalam sektor e-dagang.

Bagaimanapun, MoF berkata, FashionValet kemudiannya dilanda masalah kewangan ketika pandemik Covid-19, walaupun tempoh sama meningkatkan jualan banyak perniagaan e-dagang tempatan.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu