SPRM dedah kartel agih, bekal kontrak baja padi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa agensi dan syarikat bagi membongkar kartel agihan serta perbekalan kontrak baja padi.

Serbuan dilakukan di pertubuhan dikaitkan dengan sebuah kementerian, dengan rampasan dianggar bernilai sekitar RM1.8 bilion.

Dalam tempoh dua hari, pegawai SPRM melakukan serbuan di sekitar ibu negara termasuk ibu pejabat pertubuhan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

Sumber berkata, projek bernilai RM1.8 bilion dianugerah kepada pertubuhan itu bagi tempoh 30 bulan bermula 2021 hingga 2023.

“Pertubuhan dipertanggungjawab menghasilkan baja padi dan diedar kepada pesawah di seluruh negara melalui pejabat pertubuhan di peringkat negeri masing-masing.

“Siasatan mendapati pertubuhan ini menggunakan dua kaedah untuk memenuhi kontrak kerajaan iaitu membeli terus baja padi daripada lima syarikat pengeluar.

“Selain itu, mereka juga membeli bahan mentah bagi memproses baja daripada empat syarikat,” kata sumber itu kepada Berita Harian.

Menurutnya, siasatan SPRM menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah dari syarikat terpilih.

“Siasatan juga menjurus kepada kesalahan salah guna kuasa yang mungkin berlaku yang mana Ahli Lembaga Pengarah yang terbabit membuat keputusan dalam pemilihan syarikat berkepentingan,” katanya.

Dalam serbuan itu, SPRM merampas dokumen berkaitan projek berkenaan di peringkat kementerian, pertubuhan dan syarikat berkaitan serta peringkat kajian mendalam.

Katanya, enam pegawai kementerian dan pertubuhan itu dipanggil SPRM untuk diambil keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan siasatan dan tidak menolak akan menahan beberapa orang yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM