Inisiatif memberdayakan komuniti India diperhebat

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memperhebat inisiatif memberdayakan komuniti India di negara ini, khususnya menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diarah menyelaras dan memperbanyak program berkaitan bagi memastikan peruntukan ini mencapai matlamat.

Beliau berkata, perkara itu akan diselia Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan.

“Saya tegaskan pendirian kerajaan untuk terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini, khususnya menerusi MITRA.

“Ini termasuk menerusi peruntukan yang diumum dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Anwar berkata, iltizam kerajaan dan sokongan semua pihak khususnya pimpinan masyarakat India, akan terus memperkukuh MITRA dan merealisasikan hasrat memartabat masyarakat India di negara ini.

Related Posts

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia