SPRM buka kertas siasatan di kementerian sejak 2022

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 87 kertas siasatan membabitkan kes rasuah di kementerian dari 2022 hingga 26 September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, angka terbabit adalah berdasarkan maklumat yang diterima daripada SPRM.

Katanya, jumlah kertas siasatan paling tinggi dibuka membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dengan 14 kertas siasatan, diikuti Kementerian Dalam Negeri (11).

“Selain itu, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan, masing-masing mempunyai lapan kertas siasatan, diikuti Jabatan Perdana Menteri (tujuh) dan Kementerian Pertahanan (enam).

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mempunyai lima kertas siasatan, manakala Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, masing-masing empat kertas siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi  menjawab soalan Ahli Parlimen PN Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengenai jumlah kes rasuah membabitkan penjawat awam dengan pecahan kes mengikut kementerian atau agensi yang terbabit dalam tempoh tiga tahun lalu hingga kini.

Mengulas lanjut, Azalina memaklumkan,  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Manusia masing-masing mempunyai tiga kertas siasatan, manakala Kementerian Ekonomi, Kementerian Komunikasi serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, masing-masing mempunyai dua kertas siasatan.

Pada masa sama, katanya, SPRM membuka satu kertas siasatan, masing-masing bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Sementara itu, lapan kementerian tidak mempunyai sebarang kertas siasatan membabitkan kes rasuah, iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Digital, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,” katanya

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan