Pejalan kaki warga asing maut dilanggar di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 418.1 Lebuhraya Pan Borneo berhampiran simpang Saratok, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.27 pagi ketika kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dalam perjalanan menuju ke arah Kuching.

“Siasatan awal mendapati pemandu tidak sempat mengelak pejalan kaki yang melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa terpelanting dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, mangsa yang merupakan seorang warga Indonesia berusia 46 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa bekerja sebagai pekerja ladang dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambahnya lagi, ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan permukaan jalan yang kering.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat