Slogan ‘Pas for All’ belum cukup tarik sokongan bukan Islam

KOTA BHARU – Slogan ‘Pas for All’ masih gagal dilaksanakan kerana parti itu dilihat masih memfokuskan sokongan pengundi Melayu-Islam.

Penganalisis politik, Mohd Izani Mohd Zain berkata, jika Pas mahu menjadi parti insklusif, mereka perlu mendapat sokongan semua pihak, termasuk bukan Islam.

Malah, penyertaan bukan Islam dalam Pas hanyalah sebagai ahli bersekutu dan bukannya ahli biasa.

Menurutnya, mereka tidak boleh bertanding dan peranan mereka masih terbatas berbanding keahlian beragama Islam.

Selain itu katanya, Pas juga menyedari untuk menjadiparti yang boleh memerintah, ia mesti diterima semua pihak termasuklah sokongan bukan Islam.

Mohd Izani

“Pas pernah memperkenalkan slogan ‘Pas for All’ sebelum ini untuk mendapat dukungan bukan Islam.

“Ketika itu, Pas membuka penyertaan bukan Islam dengan menubuhkan Kelab Penyokong Pas (KPP) sebelum menukar nama kelab itu menjadi Dewan Himpunan Penyokong Pas.

“Pas pernah menyatakan hasratnya suatu masa nanti, apabila sokongan bukan Islam kepada parti sudah kukuh, Pas tidak perlu lagi bergantung kepada sokongan bukan Islam khususnya daripada rakan komponen Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Namun, selepas Pas keluar daripada PR, mereka masih belum mampu mengumpul sokongan bukan Islam seperti dihasratkan,” katanya kepada The Malaysia Press.

Bagaimanapun katanya, dalam parti gabungan Perikatan Nasional (PN) misalnya, Pas juga tidak boleh bergantung kepada parti Gerakan kerana parti itu tidak kuat dan tidak mendapat dukungan bukan Islam.

Justeru, Pas perlu bertindak bersendirian kerana sebenarnya parti itu boleh mengambil kesempatan atas keputusannya membuka keahlian kepada mereka (bukan Melayu) yang beragama Islam.

“Sesiapa sahaja beragama Islam boleh menjadi ahli Pas tidak mengira latar belakang etnik termasuk Cina Muslim, India Muslim.

“Pas juga masih belum mempunyai pemimpin yang benar-benar berusaha mengumpulkan sokongan bukan Islam sebagaimana Mujahid Yusuf Rawa kerana rata-rata pemimpin Pas yang bersikap terbuka kepada sokongan bukan Islam tidak lagi berada dalam parti itu,” ujarnya.

Related Posts

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

KOTA KINABALU – Pengumuman peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sementara menunggu penyelesaian penuh tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan disifatkan sebagai perkembangan penting yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

PADANG BESAR – Nilai tembaga yang tinggi di pasaran dikenal pasti antara faktor utama kegiatan kecurian kabel landasan kereta api terus berlaku meskipun pelbagai tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan sebelum ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony