Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

PADANG BESAR – Nilai tembaga yang tinggi di pasaran dikenal pasti antara faktor utama kegiatan kecurian kabel landasan kereta api terus berlaku meskipun pelbagai tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kegiatan itu bukan lagi boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana turut memberi kesan kepada keselamatan awam dan operasi pengangkutan negara.

Menurut beliau, kerajaan kini berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperketatkan undang-undang terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

“Ia tidak boleh dilihat sebagai satu kes kecurian biasa kerana bukan sahaja membantutkan perkhidmatan rel, malah boleh memberi kesan kepada keselamatan orang ramai.

“Ini merupakan isu keselamatan nasional kerana gangguan terhadap sistem rel boleh mengundang risiko kepada pengguna dan menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin–Perlis Inland Port (PIP) di sini hari ini.

Anthony berkata, kes kecurian kabel menjadi cabaran besar kepada Kementerian Pengangkutan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kerana rangkaian landasan kereta api negara menjangkau kira-kira 1,000 kilometer.

Katanya, terdapat banyak laluan yang melalui kawasan terpencil sekali gus menyukarkan usaha pemantauan secara menyeluruh.

“Ini disebabkan harga tembaga yang tinggi dan kita mempunyai landasan yang panjang. Ada kawasan yang agak terpencil dan keadaan itu memudahkan pihak tidak bertanggungjawab mengakses landasan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pelbagai tindakan telah diambil sebelum ini, kegiatan tersebut masih berlaku dan menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur serta gangguan terhadap operasi KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), khususnya di kawasan utara Semenanjung.

Menurut beliau, kementerian turut meneliti penggunaan teknologi pemantauan yang lebih berkesan bagi membantu mengesan dan mencegah kejadian kecurian kabel.

Anthony berkata, masalah itu bukan hanya berlaku di Malaysia malah turut dihadapi kebanyakan negara yang mempunyai sistem rel.

“Kita sedang melihat contoh dan amalan terbaik yang digunakan di negara lain bagi menangani isu ini kerana ia merupakan cabaran global kepada pengendali perkhidmatan rel,” katanya.

Related Posts

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

TUARAN – Punca sebenar seorang wanita berusia 24 tahun di Batu Pahat, Johor, yang dilaporkan terlantar selepas mengambil Mounjaro masih belum dapat dipastikan dan kini menunggu dapatan lanjut pihak kesihatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

TUARAN – Penggunaan ubat tidak sah boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan termasuk kerosakan buah pinggang, kegagalan fungsi hati malah boleh membawa maut. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly