Sistem tempat letak kereta pintar diperkenal, lonjak imej Kuching ke arah bandar raya pintar

KUCHING – Sistem Tempat Letak Kereta Pintar Kuching (Kuching Smart Parking System Pay & Go) bakal diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan parkir di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Satu lawatan tapak ke lokasi baharu sistem berkenaan telah diadakan pagi tadi di Jalan Song Thian Cheok, bagi memberi penerangan lanjut tentang pelaksanaan dan fungsi sistem yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Bandar Raya Pintar Kuching (Smart City).

Sistem berasaskan teknologi digital ini dijangka memudahkan pengguna melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (Pay & Go) yang lebih moden, selamat dan mesra pengguna, selain membantu pihak berkuasa tempatan memperkukuh sistem penguatkuasaan serta pemantauan parkir secara masa nyata (real-time).

Antara ciri utama sistem berkenaan ialah penggunaan aplikasi mudah alih “Pay & Go” berasaskan GPS yang membolehkan pengguna membuat pembayaran parkir secara digital dengan lebih pantas dan mudah. 

Selain itu, peranti mudah alih (handheld device) turut disediakan untuk kegunaan pegawai penguat kuasa bagi memantau transaksi dan status parkir secara masa nyata. Sistem ini juga dilengkapi dengan notis parkir bercod QR yang memudahkan pengguna membuat semakan dan pembayaran terus melalui telefon pintar, manakala kamera pengecaman plat kenderaan (LPR) digunakan bagi memastikan operasi pengurusan parkir lebih cekap, tepat dan selamat.

Pelaksanaan projek ini turut diselaraskan dengan usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam memperkukuh agenda Smart City ke arah menjadikan Kuching sebagai bandar raya pintar, lestari dan berdaya huni.

Dalam kenyataannya, DBKU menegaskan komitmen untuk terus menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat melalui penggunaan teknologi pintar yang efisien dan inovatif, demi kesejahteraan warga bandar raya Kuching.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Haji Abdul Rahman Junaidi; Datuk Bandar DBKU, Datuk Hilmy Othman; serta Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng.

Foto: Facebook Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM