Sistem kereta api bakal jadi pemangkin ekosistem ekonomi Sabah

KOTA KINABALU – Sistem kereta api perlu dilihat dalam skop lebih luas sebagai pemangkin ekosistem ekonomi negeri, bukan sekadar medium pengangkutan semata-mata.

Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, rangkaian rel berupaya menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan, mempercepatkan pergerakan logistik serta membuka akses kepada peluang ekonomi baharu khususnya di kawasan luar bandar.

“Sabah memiliki kelebihan tersendiri termasuk kedudukan geografi strategik, sumber semula jadi yang kaya serta potensi besar dalam sektor industri dan perdagangan.

“Namun, semua potensi ini hanya dapat direalisasikan sepenuhnya sekiranya kita mempunyai sistem pengangkutan yang selamat, cekap dan berdaya tahan.

“Pembangunan sistem kereta api dan pengangkutan lain perlu dilihat sebagai pelaburan strategik jangka panjang yang mampu memberi pulangan besar kepada pembangunan negeri secara keseluruhan,” ujarnya semasa menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Ewon berkata, kajian kadar tambang baharu perkhidmatan keretapi juga hampir siap dilaksanakan sebagai usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan negeri.

“Pelaksanaan Railway Service Fare Rate Research Paper kini telah mencapai 90 peratus kemajuan dan dijangka menjadi asas penting dalam meningkatkan hasil negeri.

“Kajian tersebut bukan sekadar menilai struktur tambang, tetapi turut mengambil kira aspek kemampanan operasi dan daya saing perkhidmatan kereta api di Sabah.

“Usaha ini penting bagi memastikan sistem rel kita bukan sahaja cekap dan berkesan, malah mampu menjana pulangan kepada negeri,” kongsinya.

Tambahnya, kajian Feasibility Study bagi cadangan laluan baharu dari Putatan ke Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) hingga ke Sepanggar Port turut sedang dilaksanakan oleh JKNS dan dijangka mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan.

“Pembangunan laluan berkenaan mencerminkan perancangan jangka panjang kerajaan dalam memperluas rangkaian perkhidmatan kereta api, sekali gus memperkukuh hubungan antara kawasan industri, pusat pengeluaran dan pelabuhan utama negeri.

“Kerajaan Negeri komited memastikan setiap pembangunan pengangkutan dirancang secara menyeluruh dengan mengambil kira keperluan sebenar rakyat, keunikan geografi Sabah serta potensi ekonomi tempatan,” tegasnya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

KUANTAN – Setiap penganjuran program perlu merujuk kepada prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai dan adab. Selain itu, sebarang kelulusan pula sepatutnya mengambil kira sensitiviti agama dan penerimaan masyarakat setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang