Shafee Abdullah berdepan tindakan hina mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara

JABATAN Peguam Negara (AGC) bakal mengambil tindakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ekoran kenyataannya yang membandingkan prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan ‘perbicaraan ala Nazi Jerman’.

Dalam kenyataan rasmi, AGC menyifatkan kenyataan itu sebagai satu serangan terbuka yang serius terhadap maruah dan kebebasan institusi kehakiman, khususnya dalam konteks perbicaraan yang sedang berlangsung.

“Peguam Negara memandang berat perkara ini kerana ia menyentuh kepentingan perlembagaan serta institusi kehakiman negara,” kata kenyataan itu.

Menurut AGC, tindakan Shafee berpotensi menjejaskan persepsi awam terhadap sistem keadilan serta melemahkan keyakinan umum terhadap institusi kehakiman secara keseluruhan.

“Prosiding penghinaan mahkamah ini akan diteruskan bagi memastikan tiada pihak yang sewenang-wenangnya memperlekehkan sistem kehakiman yang bebas dan berkecuali,” jelas kenyataan tersebut.

AGC menegaskan bahawa walaupun peguam berhak mencabar keputusan mahkamah melalui saluran undang-undang, kenyataan awam yang merosakkan imej dan kredibiliti badan kehakiman adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima dalam sistem perundangan.

Kenyataan Shafee juga dilihat sebagai cubaan memberi tekanan awam terhadap mahkamah serta mencemar integriti prosiding yang sedang berjalan.

“Langkah ini penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang serta memelihara kredibiliti dan integriti institusi kehakiman daripada sebarang tohmahan dan tekanan luar,” tambah AGC.

Sementara itu, firma guaman Shafee and Co dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa kenyataan Muhammad Shafee itu dibuat semasa menjawab soalan wartawan selepas prosiding mahkamah, dan bukannya satu serangan berniat jahat.

Menurut Shafee, beliau merujuk kepada tindakan mahkamah yang didakwanya mengeluarkan perintah tanpa perbicaraan kedua-dua pihak, yang menurutnya menjadikan perintah itu tidak sah atau sekadar arahan pentadbiran.

Katanya, isu itu akan dibangkitkan semasa pengurusan kes pada 30 Mei 2025.

Related Posts

Sinergi JKOM dan UKAS perkukuh komunikasi strategik, eratkan hubungan Persekutuan-Sarawak

KUCHING – Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan risau, saya berundur demi pemerkasaan gerak kerja Pemuda UMNO – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru kepada semua penyokongnya agar tidak risau dengan pengumuman beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Melaka. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam