Tekanan akar umbi Bersatu meningkat, Muhyiddin perlu letak jawatan

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu demi menyelamatkan parti itu daripada perpecahan dalaman serta menjamin kestabilan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, kedudukan Muhyiddin semakin sukar dipertahankan susulan faktor kesihatan, ketiadaan peranan aktif di Parlimen dan hubungan dingin antara Bersatu dengan sekutu utamanya, Pas.

“Pada pemilihan Bersatu dua tahun lalu, Muhyiddin pernah menyuarakan keinginan untuk berundur. Namun, tekanan akar umbi dan permintaan Pas ketika itu menyebabkan beliau terus kekal menerajui parti.

“Namun hari ini, situasinya jauh berbeza. Hubungan Bersatu dan Pas dilihat semakin renggang, dan tekanan dari dalam parti mula meningkat. Demi masa depan Bersatu dan PN, Muhyiddin wajar berundur secara terhormat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan ahli Bersatu cawangan Melaka Baharu, dari Bahagian Kota Melaka, Zulfakar Sahrudin yang membuat surat terbuka mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden, sekali gus memberi peluang kepada muka baharu menerajui tampuk kuasa tertinggi parti tersebut.

Zulfakar turut mengingatkan janji Muhyiddin ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada November 2023, bahawa beliau akan melepas jawatan, namun selepas tempoh itu menangguhkan pengundurannya daripada parti.

Dalam pada itu, Jamaie memaklumkan, realiti politik semasa memperlihatkan Pas kini memiliki kekuatan lebih besar dengan 43 kerusi Parlimen, berbanding Bersatu yang hanya mempunyai jumlah kecil.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM berkata, situasi terbabit memberi kesan langsung kepada PN secara keseluruhan, malah mencerminkan kelemahan struktur politik gabungan politik terbabit berbanding Pakatan Harapan (PH) semasa menjadi pembangkang dahulu.

“Poster boy PN selama ini adalah Muhyiddin di mana beliaulah menjadi roh membawa Bersatu bergabung dengan Muafakat Nasional (MN) dan kemudian dijadikan Perdana Menteri. Malah, pada PRU15 pun, dia masih dijadikan poster boy oleh PN, bukan daripada Pas mahupun parti-parti komponen lain. Jadi, bila Muhyiddin tiada, kemungkinan Pas tidak memberi sokongan kuat kepada calon Perdana Menteri daripada Bersatu.

“Pada masa sama, Pas kini berada dalam kedudukan lebih dominan dalam PN. Mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, seperti mana ketika permulaan gabungan dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Jamaie menegaskan, ketiadaan pelan peralihan kuasa yang jelas dalam Bersatu boleh mencetuskan persaingan terbuka antara kem dalam parti termasuk kumpulan yang menyokong Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta kumpulan asal Bersatu.

“Roh asal Bersatu ialah Muhyiddin, tetapi jika beliau terus berada tanpa daya politik yang kuat, parti boleh kehilangan hala tuju. Tambahan pula, Azmin dan Hamzah masing-masing mempunyai penyokong tersendiri yang boleh mencetuskan perebutan kuasa.

“Sekiranya Muhyiddin berundur, tidak mustahil konflik dalaman semakin ketara. Namun jika beliau kekal tanpa hala tuju yang jelas, perpecahan lebih buruk boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, Jamaie turut berpandangan, Azmin lebih layak memimpin Bersatu dari segi pentadbiran dan kebolehan politik, namun kedudukan beliau sebagai bukan Ahli Parlimen menyukarkan parti untuk menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Walaupun Hamzah kini Ketua Pembangkang di Parlimen, kredibiliti dan pengalaman politiknya masih jauh jika dibandingkan dengan Muhyiddin. Sementara Azmin pula, walaupun berpengalaman sebagai Menteri Besar Selangor selama dua penggal, tidak memiliki kerusi Parlimen.

“Jika Azmin kembali ke Parlimen pada PRU16, persaingan dalaman antara beliau dan Hamzah akan lebih terbuka dan parah. Sebab itu, pelan peralihan kepimpinan harus disusun mulai sekarang,” katanya.

Related Posts

Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar menegaskan khidmat yang akan dilaksanakan sekiranya beliau diberi mandat, ia tidak hanya tertumpu kepada penyokong BN semata-mata, sebaliknya melibatkan seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pantau pihak salah guna logo, sijil halal

Pantau pihak salah guna logo, sijil halal

Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

  • By Fandi
  • January 14, 2026
Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

  • By Fatin
  • January 13, 2026
Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi