Malaysia sokong perdagangan adil, tolak pendekatan kepentingan sendiri

KOTA KINABALU – Malaysia menyokong kerjasama perdagangan antara banyak negara secara adil, terbuka dan menolak tindakan negara tertentu yang bertindak sendiri sehingga boleh merosakkan ekonomi dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun berdepan tarif tidak dijangka yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Malaysia memilih pendekatan diplomasi melalui rundingan bersama semua rakan dagang utama termasuk Amerika Syarikat, ASEAN, Korea, Jepun dan China.

“Kita harus meneruskan perundingan kerana Amerika Syarikat kekal sebagai salah satu pelabur utama ke Malaysia. 

“Secara kumulatif, mereka adalah pelabur tertinggi ke Malaysia dan kita terus mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.

“Laksamana Samuel J. Paparo dari United States Indo-Pacific Command telah bertemu saya semalam di Putrajaya dan esok Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat memohon untuk bertemu saya di Singapura. 

“Saya juga telah diminta oleh Perdana Menteri Lawrence Wong untuk menyampaikan ucapan dalam Dialog Shangri-La Singapura. 

“Ini menunjukkan bahawa kita terus mengekalkan hubungan baik kerana kita ialah sebuah negara perdagangan,” katanya.

Beliau berkata semasa Majlis Pelancaran Projek Fasa 1 Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd di Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang (SOGIP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Tambahnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama delegasinya mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat bagi menjalankan rundingan.

“Rundingan dilakukan bersama semua negara ASEAN dalam satu pendirian bersama dengan Korea, Jepun dan China untuk menyokong kedudukan Malaysia yang tetap mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala dan menolak sebarang tindakan unilateral. 

“Namun begitu, penyelesaiannya tetap perlu melalui rundingan sambil meneguhkan prinsip perdagangan pelbagai hala yang adil dan berasaskan peraturan,” katanya.

Selain itu, Anwar melahirkan penghargaan atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur. 

“Persidangan tersebut berjaya menarik penyertaan negara-negara Teluk (GCC) termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Oman dan Bahrain buat pertama kali dalam sejarah ASEAN. 

“Mereka komited untuk bekerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, keselamatan makanan, transformasi digital dan tenaga.

“Malaysia juga menerima kunjungan pemimpin tertinggi China, termasuk Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang, dalam usaha memperkukuh hubungan strategik tiga hala antara ASEAN, GCC dan China,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pentingnya kestabilan politik, tadbir urus yang baik dan dasar berprinsip demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. 

“Menyeru semua pemimpin dan penjawat awam untuk berkhidmat dengan cekap, mengutamakan disiplin dan menjadikan negara-negara maju sebagai penanda aras pencapaian Malaysia,” jelasnya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti