Segera ambil tindakan tegas penjualan terbuka snek Korea didakwa ada babi

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penjualan snek popular dari Korea Selatan yang didakwa mengandungi ramuan berasaskan babi.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, produk ‘Olive Young Bagel Chips’ yang dijual secara terbuka di rangkaian farmasi tempatan didakwa mengandungi ramuan tidak halal.

Beliau menegaskan, label terjemahan bahasa Inggeris pada bungkusan produk tersebut tidak menyatakan dengan jelas kandungan berkenaan, seolah-olah cuba menyorokkan maklumat sebenar daripada pengguna.

“Tindakan syarikat yang didakwa sengaja menyembunyikan ramuan haram sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada pengguna Muslim di negara ini.

“Oleh itu, pihak persatuan menggesa pihak berkuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 terhadap mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna melalui pelabelan yang tidak tepat,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nadzim menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan bungkusan produk import yang menarik tanpa memastikan adanya sijil halal Jakim yang sah, walaupun produk tersebut sekadar snek atau makanan ringan.

Pada masa sama, beliau turut menyeru masyarakat awam untuk tidak hanya bergantung kepada label pelekat tambahan namun menggunakan teknologi penterjemah untuk menyemak ramuan asal pada bungkusan.

“Pengguna juga haruslah melaporkan mana-mana premis yang menjual produk meragukan bagi melindungi komuniti daripada termakan barangan haram.

“Isu ini menjadi lebih serius apabila hasil semakan mendapati varian ‘Pizza’ secara jelas menyenaraikan daging babi dalam ramuan asal bahasa Korea manakala varian lain pula didapati diproses di kilang yang sama dengan produk berasaskan babi,” katanya.

Tambahnya, keadaan ini mendedahkan produk berkenaan kepada risiko pencemaran silang yang tinggi dan tidak sepatutnya diabaikan dalam label terjemahan.

“Difahamkan, pihak pengurusan farmasi berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut,” katanya.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu