Sedikit pengajaran dari negara jiran – Indonesia

PRESIDEN Indonesia ke-8 Prabowo Subianto, seorang bekas jeneral yang terkenal dengan imej autoritarian, telah pun melalui satu proses transformasi yang hebat untuk diceritakan. Sebelum ini, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang kejam dan keras selain pernah dikaitkan dengan kes pelanggaran hak asasi manusia sekitar tahun 1998.

Namun, dalam kempen Pemilihan Umum Presiden Indonesia 2024, beliau berjaya mengubah imej sepenuhnya dengan menggunakan strategi yang sangat bijak; memanfaatkan algoritma media sosial dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI). Sebagai impak, pasukan kempen Prabowo berjaya mencipta imej baharu yang lebih lembut dan mesra – daripada imej keras seorang bekas tentera kepada seorang ‘datuk’ yang penuh dengan kasih dan sayang.

Prabowo membuktikan bahawa beliau bukan sahaja berjaya memecahkan stigma masa lalunya, tetapi juga memenangi hati pengundi (muda) yang kebanyakannya tidak begitu mengenali sejarah silam dan zalim beliau. Hasilnya, Prabowo berjaya memenangi pilihan raya dengan beroleh majoriti besar, membuktikan keberkesanan manipulasi imej dalam media sosial dan dunia politik moden.

Ambil pengajaran daripada kisah negara jiran ini bahawa politik kini adalah lebih daripada bertunjangkan dasar dan rekod prestasi peribadi; ia juga soal bagaimana seorang calon membentuk dan memperlihatkan imej mereka kepada orang ramai.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Hati nurani dalam pembinaan negara bangsa

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang dibentuk oleh jalan berdebu di Baling, jeriji besi penjara, dan pengalaman panjang memahami derita rakyat dari bawah. Negarawan yang melihat kuasa sebagai amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang