Ketimbang: Pembangkang muflis akal budi

POPULAR betul kosa kata ‘ketimbang’ sekarang; lebih popular ketimbang kehidupan baharu Fattah Amin.

Dalam persidangan Parlimen pada awal tahun, Ahli Parlimen Pasir Mas – Ahmad Fadhli Shaari – mengungkit penggunaan perkataan itu oleh Perdana Menteri (PM).

Dikecamnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kerana menggunakan kosa kata itu sedangkan tiada entri ‘ketimbang’ dalam Kamus Dewan.

Bebal betul wakil rakyat muda pembangkang ini!

Semalam; juga dalam persidangan Parlimen, Ahli Parlimen Hulu Terengganu – Rosol Wahid – pula mengecam DSAI atas alasan yang sama.

Pun begitu, kecaman Rosol lebih menampakkan kebebalan pembangkang kerana wakil rakyat itu mengatakan bahawa ‘ketimbang’ berasal daripada gabungan perkataan ‘kencing’, ‘tipu’, dan ‘sembang’.

Nampak tak betapa teruknya Rosol?

Dia bukan sahaja menjatuhkan imej pembangkang malahan melakukan ‘jenayah ilmu’ dengan menyesatkan pemahaman orang ramai berkaitan kosa kata dan peristilahan.

Hanya kerana tiada dalam Kamus Dewan, maka dikutipnya maklumat bertaraf sampah untuk memperoleh definisi ‘ketimbang’ – merujuki sembang santai grup Whatsapp dan laman tidak berwibawa yang terpapar internet.

Kenapa Rosol tidak cuba merujuki hal itu daripada bahan yang lebih berwibawa?

Juga saya mahu bertanya seorang penyokong totok pembangkang bergelar ‘Doktorkerusi’ yang memuat naik video Tik Tok tentang kosa kata ‘ketimbang’ dengan cara yang jahat itu, apa sebenarnya masalah kamu dan orang seperti kamu?

Pada awal tahun ini (sekitar Februari – Mei), saya menulis isu kecaman Ahmad Fadhli ke atas DSAI itu dalam majalah Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Panjang lebar kupasan isu itu dan ramai orang faham bahawa tiada apa-apa kesalahan penggunaan kosa kata tersebut.

Rosol (Ahmad Fadhli, dan Doktorkerusi) serta pembenci Kerajaan Perpaduan, dengar sini baik-baik.

Kalau kamu kata ‘ketimbang’ tidak boleh digunakan kerana kosa kata itu tiada dalam Kamus Dewan, kenapa kamu tidak kecam penggunaan kosa kata dan frasa ‘share’, ‘venue’, ‘jangan pernah’, dan ‘sanah helwah’ ketika berbahasa Melayu?

Kalau kamu berkata ‘ketimbang’ tidak boleh digunakan kerana berasal daripada bahasa Indonesia, kenapa kamu tidak kecam penggunaan perkataan ‘lakon’, ‘calon’ dan ‘perabot’?

Ahmad Fadhli, Rosol, Doktorkerusi, dan manusia yang sejenis kamu, boleh saya katakan bahawa kamu terlalu naif dan busuk hati sebenarnya.

Kecaman kamu ke atas DSAI berkaitan ‘ketimbang’ itu bukan sangat kerana asal usul perkataan tersebut.

Punca atau sebabnya kamu tidak boleh menerima hakikat bahawa DSAI dan Kerajaan Perpaduan semakin kukuh.

Kamu tidak dapat tidur melihat gabungan parti blok Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat.

Selama ini macam-macam hal pembangkang buat untuk meruntuhkan kerajaan tapi yang kelihatan mahu binasa itu blok kamu.

Kamu macam dah mati kutu nampaknya hinggakan kamu terpaksa guna isu remeh seperti ‘ketimbang’ untuk membolehkan kamu bertahan.

Daripada kamu sibuk hal kecil begitu, baiklah kamu jaga kawasan sendiri.

Di Pasir Mas, banyak kebajikan rakyat masih perlu diberi perhatian.

Lebih elok kamu dedikasikan diri kamu di situ.

Doktorkerusi pula, kalau kamu seorang guru, ingatlah kejayaan murid bukan setakat diukur daripada pencapaian akedemiknya, sebaliknya kualiti adabnya.

Kalau kamu bukan guru, didiklah pengikut media sosial kamu lebih berakal budi melalui konten yang bertamadun.

Di Hulu Terengganu pula khabarnya ramai pekebun sengsara kerana berdepan ancaman haiwan liar.

Pada 4 Oktober lalu Musa Ahmad terbunuh dipijak gajah liar dalam insiden di Kampung Basong, dekat Tasik Kenyir.

Ada dua isu di situ – pertama, habitat haiwan liar sudah lama terjejas; kedua, pembelaan nasib pekebun belum berkesudahan.

Baik kamu fokus tanggungjawab seperti itu.

Kamu semua faham tak ni?

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Di tengah dunia menjauh, Malaysia pilih untuk bersama

RAMADAN hampir melabuhkan tirainya. Di seluruh negara, rakyat mula memasuki fasa yang paling dinanti setiap tahun, iaitu persiapan menyambut Aidilfitri. Jika seseorang berjalan ke mana-mana bazar Ramadan pada waktu petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan