Satu lagi kumpulan penasihat pengerusi Asean bakal diumum

PUTRAJAYA – Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 bukanlah berseorangan tetapi satu lagi kumpulan penasihat kepada Pengerusi Asean yang terdiri daripada tokoh-tokoh berpengaruh juga akan diumumkan kelak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memanfaatkan masa selama 12 bulan Kepengerusian Asean dengan mengambil kira pandangan, pengalaman daripada pemimpin-pemimpin yang berpengaruh dan berpengalaman.

“Dapatan hasil daripada perbincangan mereka, itu akan menjadi nasihat dan panduan kepada perdana menteri dan akhirnya apapun keputusan bagi Asean, akan diputuskan oleh Asean itu sendiri bukan oleh mana-mana pihak yang lain.

“Perdana Menteri ada menamakan beberapa orang tokoh yang besar, penting tapi kita tunggu pengumuman rasmi daripada perdana menteri, bukan seorang tetapi adalah kumpulan penasihat kepada Pengerusi Asean,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulan Disember Kementerian Komunikasi di sini, pada Selasa.

Jelasnya mengenai kumpulan penasihat tersebut, ia belum disebutkan dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti.

“Ada beberapa tapi saya tidak akan sebut selagi mana Perdana Menteri belum umumkan, mereka daripada negara-negara Asean, niatnya adalah untuk memberi pandangan mengenai Asean jadi mereka bukan orang biasa yang sangat berpengalaman dan faham tentang perkembangan.

“Jadi saya nampak ini langkah yang betul. Sejujurnya dalam banyak perkara, Perdana Menteri sering mendapatkan pandangan nasihat sebelum melakukan sesuatu, saya rasa beliau mahu lakukan yang terbaik untuk Asean dan mendapatkan input berguna secepat mungkin,” katanya.

Pelantikan Thaksin sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 adalah bersifat ‘non-binding’ dan bukanlah berbentuk pengarahan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, menjelang tahun hadapan, sebagai pengemudi Kepengerusian Asean, Malaysia berada pada satu kedudukan yang strategik dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit di peringkat Asean.

“Hasrat kita tahun hadapan sempena Kepengerusian Asean, kita akan berada di satu kedudukan yang sangat strategik dan sangat penting di mana cara Asean yang neutral tidak memihak kepada mana-mana pihak.

“Usaha-usaha untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit sama ada isu Laut Cina Selatan, pelbagai tuntutan yang bertindih ataupun masalah yang melibatkan Myanmar memerlukan bukan hanya ketangkasan tapi juga kebijaksanaan dan kebijakan yang juga mungkin mereka yang mempunyai pengalaman,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut menyelar tindakan Ahli parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang mempersoalkan keputusan Perdana Menteri yang melantik Thaksin sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal.

“Ahli Parlimen seperti Pasir Mas sepatutnya bukan mengkritik tapi mengalu-alukan kerana perdana menteri akan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak.

“Jadi saya minta sebelum Ahli Parlimen Pasir Mas bercakap tentang penasihat Asean, saya ingin menasihati beliau supaya menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk sembah maklum bahawa beliau pertikai keputusan Tuanku sewaktu Tuanku YDP Agong untuk memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar.

“Saya tanya dia dah menghadap atau belum?” ujarnya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan