Sarawak terajui revolusi pendigitalan Kehakiman Islam melalui KOSKES 2025

KUCHING – Sarawak terus melakar sejarah dalam transformasi sistem kehakiman Islam menerusi penganjuran Konvensyen Syariah Kebangsaan Sarawak (KOSKES) yang bertemakan ‘Revolusi Pendigitalan dalam Kehakiman Syariah Sarawak’.

Konvensyen anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak ini diadakan sempena sambutan 70 tahun penubuhan Majlis Islam Sarawak, dan menghimpunkan delegasi dari seluruh negara termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta penyertaan antarabangsa dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak selain kejayaannya menerajui sistem kehakiman Islam yang moden dan sejajar dengan tuntutan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Konvensyen ini bukan sekadar medan ilmu dan jaringan profesional, malah mencerminkan aspirasi Sarawak untuk menjadi pelopor kepada sistem kehakiman Islam yang progresif dan berteknologi tinggi,” katanya ketika merasmikan konvensyen tersebut hari ini.

Beliau turut menyambut baik pelaksanaan Sistem i-Syariah, iaitu sebuah platform digital pintar hasil kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak bersama Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS). Sistem ini berperanan sebagai pusat integrasi maklumat Syariah Negeri Sarawak yang menggabungkan teknologi pendigitalan dan elemen kecerdasan buatan (AI) dalam penyampaian perkhidmatan kehakiman Islam.

“Ini bukan sekadar transformasi teknikal, malah mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam mendokong agenda pendigitalan, selaras dengan prinsip kecekapan, ketelusan dan penyampaian perkhidmatan awam bertaraf antarabangsa,” tambah beliau.

Beliau turut menekankan harapan agar konvensyen ini menjadi platform dinamik untuk pertukaran ilmu dan jalinan kerjasama serantau yang memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

“Kita mahu melihat i-Syariah menjadi model pelaksanaan teknologi yang adil, berintegriti dan holistik – satu bentuk ‘Smart Syariah’ yang mencerminkan hikmah dalam sistem keadilan Islam,” tegas beliau.

Majlis turut menyaksikan penghargaan terhadap usaha berterusan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dalam meningkatkan kompetensi para hakim syarie dan pegawai syariah, termasuk menerusi kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi tempatan.

Majlis perasmian diakhiri dengan harapan agar segala rumusan kertas kerja dan perbincangan sepanjang konvensyen dapat diterjemahkan kepada dasar dan tindakan konkrit yang memberi manfaat kepada umat Islam di Sarawak, seterusnya Malaysia dan rantau ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu