Sarawak kenal pasti lokasi perlindungan buaya, perkenal aplikasi Sarawak Croc Watch

BELAWAI – Sarawak mengenal pasti beberapa kawasan sebagai tempat perlindungan untuk hidupan liar khususnya buaya.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata kawasan tersebut adalah Kuching Wetlands, Pulau Seduku, Rajang Mangrove National Park dan Sibuti.

“Lokasi ini juga berpotensi menjadi daya tarikan pelancongan bagi pengunjung yang berminat melihat dan mengkaji kitar hidup buaya,” ujarnya semasa Majlis Penangguhan Pesta Belawai 2024 di Tapak Pesta Pantai Belawai pada Ahad.

Dalam majlis tersebut, Datuk Len yang mewakili Premier Sarawak memperkenalkan aplikasi ‘Sarawak Croc Watch’ yang dibangunkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC).

“Aplikasi ini bertujuan memudahkan orang ramai melaporkan penemuan buaya dan mendapatkan maklumat terkini tentang kejadian buaya di Sarawak,” kata beliau.

Selain itu, tambah beliau, aplikasi tersebut boleh dimuat turun daripada Google Play Store yang dilengkapi dengan lima ciri utama termasuk laporan penemuan buaya, peta hotspot, serta maklumat berkenaan serangan buaya.

“Ciri ‘3M’ (Mengenali, Memahami, dan Memulihara) turut memberikan kesedaran tentang konservasi hidupan liar,” ujar beliau.

Beliau berharap aplikasi ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan meningkatkan pemantauan buaya di kawasan tersebut.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab, Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh, Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation (SFC) Abang Arabi Abang Aimran, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) Busiai Seman dan Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis Ismail Kasah.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi