Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di 12 mukim sekitar Perak Tengah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hospital bernilai RM162.3 juta yang siap tanpa sebarang kelewatan itu menjadi bukti kesungguhan kerajaan memastikan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, menikmati kemudahan kesihatan moden dan berkualiti tanpa perlu menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan pakar.

“Jika dahulu warga emas dari Pasir Salak atau ibu-ibu dari Pulau Tiga terpaksa menempuh perjalanan jauh bagi mendapatkan rawatan, kini kemudahan bertaraf dunia sudah berada di depan mata mereka.

“Hospital ini juga telah menerima hampir 40,000 pesakit sejak mula beroperasi dan angka itu menjadi testimoni penting bahawa fasiliti ini benar-benar menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat,” katanya dalam sembah ucapan sempena Majlis Perasmian Hospital Seri Iskandar, di sini, pada Khamis.

Majlis perasmian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang berkenan berangkat bersama Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim.

Turut berkenan berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar serta Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain dan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak serta bacaan ayat suci al-Quran sebelum baginda berkenan menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak simbolik Hospital Seri Iskandar.

Hospital Seri Iskandar mula beroperasi secara rasmi pada 11 Disember 2024 bagi menggantikan Hospital Changkat Melintang yang telah berkhidmat sejak 1971.

Fasiliti itu dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuk Dewan Bersalin, Unit Hemodialisis serta High Dependency Unit (HDU) dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan Perak Tengah.

Foto: FB SUK Perak

Related Posts

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun kini bertarung nyawa selepas dipercayai terjatuh dari tingkap sebuah unit kediaman di tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Uda Utama,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi