Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kesemua suspek berusia antara 45 hingga 52 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Wai, Kuala Perlis.

Menurut beliau, polis sebelum itu menerima maklumat awam mengenai sebuah Toyota Innova berwarna perak dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Sentosa, Kuala Perlis.

“Sepasukan anggota Task Force Balai Polis Kuala Perlis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Unit Risikan Polis Marin kemudian pergi ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, sebaik anggota polis memperkenalkan diri serta mempamerkan kad kuasa, suspek bertindak memecut laju untuk melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kenderaan dinaiki suspek kemudian cuba merempuh sekatan jalan raya di Kampung Wai sebelum berjaya dipintas dan ditahan polis.

Katanya, semasa ditahan, suspek enggan membuka pintu kenderaan dan sekali lagi bertindak agresif dengan mengundurkan motokar sehingga hampir melanggar anggota polis.

“Polis terpaksa memecahkan cermin belakang dan cermin sisi penumpang hadapan sebelum berjaya membuka pintu kenderaan tersebut.

“Kesemua suspek turut cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan sebelum mereka berjaya diberkas dan dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut menemui pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah termasuk batang besi, playar, cutter, pemutar skru, walkie-talkie, sarung tangan dan alat dipercayai master key.

Menurutnya, polis turut merampas beberapa telefon bimbit, wang tunai, pasport serta Toyota Innova yang dipercayai disewa di Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati semua suspek masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Mei lalu menggunakan pas pelancong dan tidak mempunyai pekerjaan di negara ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes jenayah lain,” katanya.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun kini bertarung nyawa selepas dipercayai terjatuh dari tingkap sebuah unit kediaman di tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Uda Utama,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi