Sarawak gemilang, bersatu bina masa depan – TYT Sarawak

KUCHING – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru seluruh rakyat Sarawak agar terus bersatu padu dan bekerjasama erat dengan kerajaan serta sektor swasta demi membina masa depan negeri yang lebih cemerlang.

Menerusi perutusan sempena Hari Sarawak 2025 bertemakan “Sarawak Gemilang, Bersatu Membina Masa Depan”, beliau menegaskan bahawa tarikh 22 Julai 1963 merupakan detik bersejarah yang menjadi simbol penting jati diri rakyat Sarawak.

“Pada hari tersebut, pihak pentadbiran Koloni British bersetuju menyerahkan kuasa pentadbiran kepada rakyat Sarawak dengan melantik Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri pertama serta menubuhkan Kabinet negeri sendiri,” katanya.

Menurut beliau, peristiwa itu menjadi langkah awal ke arah pembentukan Malaysia yang turut disertai oleh Sabah, Singapura dan Tanah Melayu pada 16 September 1963.

“Peristiwa ini menjadi titik tolak kepada pembentukan identiti Sarawak sebagai negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Kita mengenang jasa tokoh-tokoh awal seperti Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan Datuk Seri Tawi Sli yang memainkan peranan penting dalam usaha membentuk pentadbiran sendiri,” jelasnya.

TYT turut merakamkan penghargaan kepada mantan Ketua Menteri terdahulu seperti Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya’kub, Allahyarham Tun Dr Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atas sumbangan besar mereka terhadap kemajuan Sarawak.

Beliau turut memuji kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang membawa negeri ini ke arah pembangunan pesat melalui Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS 2030).

“Strategi ini menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi digital, pembangunan tenaga boleh diperbaharui termasuk hidrogen hijau, bioekonomi serta pelaburan dalam sektor pendidikan dan inovasi,” ujarnya.

Tambah beliau, ekonomi Sarawak telah menunjukkan daya tahan yang kukuh pasca pandemik dan kini sedang bersedia untuk melonjak ke peringkat global, khususnya dalam bidang tenaga hijau dan digital.

“Kemajuan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama erat antara kerajaan, rakyat dan sektor swasta. Kerajaan menyediakan dasar dan infrastruktur, sektor swasta memacu pelaburan, manakala rakyat menjadi penyokong aspirasi pembangunan,” katanya.

Mengakhiri perutusannya, beliau menyeru seluruh rakyat Sarawak agar terus memelihara semangat perpaduan dan keharmonian demi kestabilan serta kemajuan negeri.

“Semoga Hari Sarawak 2025 ini menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negeri, dan menjadi dorongan untuk kita terus mara dengan yakin dan bersatu hati,” katanya lagi.

Related Posts

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyatakan sokongan penuh dan penghargaan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berserta pasukan perunding Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh