Sambutan Bulan Kebangsaan peluang imbas erti kemerdekaan, tanam rasa cinta negara

KOTA BELUD – Bulan Kebangsaan bukan sekadar acara rutin tahunan, sebaliknya ruang penting untuk rakyat mengimbas kembali erti kemerdekaan dan menanamkan nilai cintakan tanah air.

Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek yang mewakili Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan, berkata rakyat Sabah turut memperkukuh makna sambutan ini dengan meraikan Hari Sabah pada 31 Ogos, yang mula diwartakan secara rasmi sejak 2023.

“Bagi rakyat Sabah, Hari Sabah bukan hanya perayaan, tetapi peringatan penting bahawa negeri ini bukan sekadar penyumbang kepada sejarah negara, malah menjadi tunjang penting dalam perpaduan dan kemajuan Malaysia.

“Sambutan ini bukan sahaja meraikan kemerdekaan, tetapi juga mengenang jati diri dan peranan besar rakyat Sabah dalam membina negara,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Inspirasi MADANI (SIM) 2025 anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud, pada Ahad.

Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat agar mengubah sikap sambil lewa terhadap semangat patriotik yang sering muncul hanya ketika bulan kebangsaan.

“Realitinya, setiap kali masuk bulan kebangsaan baru ramai yang sibuk mencari bendera.

Malah ada juga segelintir masyarakat hanya mahu mengibarkan Jalur Gemilang jika diberi secara percuma. Kalau tidak dapat percuma, terus tidak kisah. Sikap sebegini perlu diubah,” ujarnya.

Beliau menyeru agar masyarakat lebih proaktif menzahirkan semangat patriotisme bukan sahaja dengan mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga melalui penghayatan nilai kemerdekaan dalam kehidupan seharian.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa hukuman sebat adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 yang disampaikan oleh Ketua Hakim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara