RUU Keselamatan Dalam Talian diluluskan Majlis Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian melibatkan siri pindaan kanun keseksaan dan tatacara jenayah berkaitan buli siber telah diluluskan oleh Majlis Jemaah Menteri hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pindaan kanun keseksaan itu telah diluluskan secara dasar dan satu rang undang-undang akan dibawa ke parlimen dalam mesyuarat kali ini.

“Satu rang undang-undang dinamakan Rang Undang-Undang Keselamatan dalam Talian atau ‘Online Safety Act’ yang ringkasannya konstra akan dibawa ke parlimen, ia untuk memastikan bahawa dari segi keseluruhannaya internet lebih selamat terutamananya untuk kanak-kanak.

“Saya tegaskan secara keseluruhan, ini langkah yang perlu kita ambil untuk menutup kelompongan atau dalam bahasa inggeris dipanggil sebagai ‘lacuna in the law’ untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan buli siber,” katanya dalam sidang media bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan pada Jumaat.

Fahmi berkata, pindaan RUU yang khusus mengenai buli siber itu dibuat bagi mendapatkan takrifan tepat mengenainya.

“Pada waktu ini, dapatan daripada kajian di pihak kerajaan menunjukkan tidak ada takrif yang tepat terhadap jenayah buli termasuk buli siber.

“Ini (pindaan RUU) akan dibawa ke sidang Parlimen kali ini dan kita jangka menjelang awal Disember akan dibentang untuk bacaan kali kedua,” ujarnya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar